Wednesday, 27 March 2013

Diana Amir Bertudung

Tudiaaa...foto kali ini dari Instagram Diana Amir yang dikongsikan untuk peminat-peminatnya.


Elfira Loy Bersama M7





Indahnya seorang wanita



Seorang ibu membawa bayi di dalam rahimnya selama sembilan (9) bulan. Si ibu berasa sakit dan loya untuk beberapa bulan. Kemudian dia melihat kakinya membengkak dan mengalami regangan kulit.

Si Ibu berjuang untuk mendaki tangga, dia tercungap-cungap dengan cepat walaupun satu tugas yang mudah seperti meletakkan kasut di rak.

Beliau mengalami gangguan semasa tidur ketika bayi menendang dan bergerak di dalam rahimnya seawal jam 3 pagi, kemudian menghadapi saat jerih menahan kesakitan ketika dia ingin membawa anaknya ke dunia ini.

IBU..Dia menjadi jururawat, tukang masak, pembantu rumah, pemandu , guru, dan rakan yang terbaik. Beliau yang berjuang untuk anaknya, menangis demi anaknya, meletakkan dirinya untuk anak, berharap yang terbaik untuk anak dan kadangkala menjadi tidak tentu arah apabila kerisauan terhadap si anak. Tetapi, dia tidak pernah meminta sebarang balasan dari si anak kerana si ibu terlalu sayangkan si anak.

Jika anda adalah seorang ibu atau mempunyai Ibu penyayang yang melakukan semua ini untuk anda, anda sangat bertuah, tidak pernah susut sebuah nilai kasih sayang yang sangat bernilai!

Serius jaga mutu


Filem Kerat 14 yang ditayangkan Februari lalu adalah lakonan pertama Siti Saleha, 23, di layar lebar. Digandingkan dengan aktor popular, Aaron Aziz, filem terbitan White Merpati Entertainment itu berjaya mencatat kutipan RM1.1 juta.



Sementara beberapa filem lakonannya seperti KL Zombie, Pencinta, Bravo dan Pak Pong menanti tayangan dan dua lagi dalam pembikinan, Mamak Cupcakes dan Pukul Habis.

Melihat perkemba­ngan kerjaya Saleha selama enam tahun ini, ternyata dia kini dalam liga teratas apabila menjadi pilihan penerbit filem untuk membintangi karya dihasilkan. Jarang berlaku apabila bintang baru sepertinya membintangi tiga filem dalam setahun.

Menjadi pilihan penerbit filem, adakah pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Nora Elena ini akan mengehadkan diri untuk tidak membintangi drama demi menjaga ‘eksklusif’ pesona bintang layar lebar?


Saleha menegaskan, dia tidak akan meninggalkan drama dan juga iklan komersial kerana sedar dirinya lebih dulu dikenali dalam dua medium itu.


“Cuma dua tahun lalu saya sibuk menjayakan enam filem sehingga terpaksa menolak tawaran berlakon drama. Peminat bertanya mengapa saya tiba-tiba senyap. Maklumlah hendak menunggu tayangan filem mengambil masa.

“Disebabkan itu, mereka berasakan saya seperti mahu meninggalkan drama. Cuma sekarang, saya harus pandai mengimbang­kan pembabitan di televisyen mahupun layar lebar,” katanya.

Dalam merencana kerjaya lakonan, terutama membabitkan filem, Saleha juga menegaskan, tentu dia akan memilih setiap kali diberi tawaran untuk membinta­ngi filem.

“Berlakon filem tidak boleh main-main kerana ia selalunya menjadi bahan perbincangan. Penonton akan menganalisis pada sudut penceritaan, lakonan mahupun teknikal. Ia berbeza apabila muncul dalam drama,” katanya.

Kritikan diterima filem Kerat 14 sebelum ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan Saleha. Katanya, jika filem itu tidak mencatat kejayaan, dikhuatiri ia memberi kesan kepada filem lakonannya selepas ini.

Begitupun sebagai orang baru, Saleha akui kutipan diperoleh filem pertama lakonannya melegakan. Katanya, sepanjang ia ditayangkan, dia tidak dengar orang me­ngutuk cara lakonannya.

“Memang saya gementar, terutama selepas menerima maklum balas daripada teman media mahupun peng­kritik filem. Kebanyakan mereka memberi penekanan terhadap jalan cerita. Saya dan Aaron melaksanakan tugas dengan baik dan kutipannya juga melebihi RM1 juta.

“Saya akui lakonan dalam filem mampu memberi kesan besar kepada kerjaya seni memandangkan penonton akan menilai secara keseluruhan.

“Namun pada waktu sama, jika hasil kerja diberikan bagus, mereka akan memberi penghargaan walaupun jalan ceritanya tidak kuat.

“Saya tidak rasa filem ­Kerat 14 akan meninggalkan kesan negatif memandang­kan tidak banyak kritikan negatif diberikan media terhadap karya arahan Arjin Uppal itu sebaik ia ditayang­kan.

“Malah, saya yakin ia menjadi permulaan baik dan bakal memberi impak positif terhadap filem lakonan saya yang bakal ditayangkan selepas ini,” katanya.

KL Zombie diterbitkan Grand Brilliance (GB) akan menemui peminat terlebih dulu dan dijadual ditayangkan pada Aidilfitri ini. Kata Saleha, filem lakonannya yang bakal ditayangkan semuanya menarik memandangkan ia menampil­kan karakter berbeza.

“Saya mahu penonton menyaksikan semua­nya. Biar mereka menentukan sejauh mana baiknya persembahan diberi. Begitupun, pada saya Pencinta ada sedikit keistimewaan kerana penceritaannya berbeza. Apatah lagi ia turut menampilkan elemen muzikal, antara genre saya gemari.

“Sewaktu menjalani proses memasukkan suara, saya sudah me­nyaksikan Pencinta. Jalan ceritanya akan menang­kap emosi, apatah lagi ia menampilkan saya melakonkan watak Aishah berdepan situasi cinta berbelah bagi. Ia juga diselang seli dengan aksi dan komedi. Pada saya, filem arahan Khir Rahman ini cukup cantik,” katanya.


Ingin menulis, mengarah filem

Berpeluang berlakon bersama pelakon wanita serba boleh seperti Sofia Jane dan Sharifah Amani membuka pandangan Siti Saleha untuk pergi lebih jauh dalam bidang seni dan bukan sekadar bergelar pelakon.

Saleha berpeluang bekerja dengan Sofia menerusi drama terbaru Asmara Luna yang bakal ditayangkan dalam slot Lestary di TV3. Sofia memegang watak ibu Luna, watak utama yang dilakonkan Saleha.

Katanya, sepanjang bekerja dengan Sofia, mereka banyak berbincang mengenai hala tuju industri dan pembabitan sebagai pelakon hingga timbul rasa kekaguman terhadap kejayaan ­Sofia.

“Usaha­nya menjadi penulis dan pengarah serta terbabit dalam projek Ikal Mayang dengan filem pendek 1-800-Baby turut mengagumkan saya. Dia banyak berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita menjadi penulis skrip dan pengarah yang baik. Secara tidak langsung, dia memberikan inspirasi,” katanya.

Jelas Saleha, pendedahan sama turut diterima sewaktu bekerja dengan Sharifah Amani yang menghasilkan dua filem pendek, Sangkar dan Hawa. Dalam diam, gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini me­nyimpan impian mahu menulis skrip dan mengarah.

“Saya memang sukakan dunia lakonan tetapi kalau boleh, saya mahu mengembangkan kerjaya dengan jadi penulis dan pengarah filem. Begitupun, untuk mereali­sasikan impian itu saya perlu memastikan kerjaya saya sebagai pelakon stabil.

“Saya kini melanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi dan antara subjek perlu diambil adalah penerbitan. Pendedahan itu sudah ada tetapi kalau boleh, saya mahu menjadi lebih mahir sebelum benar-benar mampu menghasilkan filem.

“Untuk itu, saya merancang mengambil kursus jangka pendek menambah ilmu seperti lakonan teater, penulisan skrip dan pengarahan,” katanya.

Kata Saleha, dia tidak akan mengarah dalam waktu terdekat kerana mahu memberi masa kepada dirinya mengenali selok-belok dunia penerbitan filem secara keseluruhan.

“Ini sebahagian peranca­ngan, namun segala-galanya ditentukan Allah. Begitupun, sejak dulu saya memang suka menonton filem.

“Setiap kali menonton, saya sangat teliti. Contohnya, saya boleh kesan jika kamera goyang hanya menerusi babak yang terpapar di layar lebar atau berapa kamera digunakan untuk menghasilkan filem itu. Semuanya saya lihat.

“Saya tahu perkara yang saya rancang ini tidak mustahil untuk direalisasikan kerana ada juga rakan artis muda seperti Liyana Jasmay mula mengarah.
Begitupun, saya mensasarkan impian itu akan dapat dicapai dalam masa lima tahun lagi,” katanya.

Sebagai langkah permulaan, Saleha berasakan harus lebih serius dengan menulis setiap idea terlintas di kepala kerana sebelum ini pelbagai imagi­nasi bermain di kepala yang boleh dijadikan jalan cerita menarik untuk filem.

“Dalam berfikir dan berangan itu, macam-macam cerita ada, sayangnya saya biarkan ia hilang begitu saja. Mulai sekarang, saya harus belajar untuk menyimpan idea dengan mencatatkan­nya,” katanya.

Sam tawan hati Syatilla


Hanya sekelip mata keceriaan dipamerkan pelakon baru, Syatilla Melvin sebelum ia bertukar emosi saat dia dipujuk bercerita mengenai lelaki bernama Shaheizy Sam.

Katanya, reaksi spontan itu terjadi kerana hatinya sebak apabila desas-desus mengaitkan dirinya dengan aktor popular itu semakin mengganggu perasaan kebelakangan ini.

Siti Nur Syatilla Amirol Melvin bukan lelah dengan gosip yang makin rancak dicanang-kan itu, tetapi situasi sebenar cerita dirinya dan Sam rumit untuk dihuraikan kepada khalayak.

Justeru, pelakon berusia 22 tahun ini lebih senang me-ngunci mulut daripada bercerita panjang lebar. Baginya, cukuplah dia menyifatkan hubungan mereka sekadar teman rapat sejak dua tahun lalu.


“Bukan saya mahu mengelak atau berdolak-dalih me-ngenai dakwaan hubungan cinta dengan Sam tetapi hakikatnya, ia terlalu rumit untuk dikongsi pada waktu ini.


“Cukuplah saya katakan kami berkawan rapat sejak dua tahun kebelakangan ini. Selebihnya, biarlah masa yang menentukan,” tuturnya mengawal emosi.

Mendengarkan nada terkilan yang diluahkan gadis kelahiran Pulau Pinang ini, Syatilla ditanya adakah dia menyembunyikan sesuatu mengenai status sebenar hubungan mereka namun persepsi itu pantas ditepis.

Katanya, sebagai wanita dia tidak mahu terus heboh membuka cerita mengenai sesuatu yang tidak pasti kerana ia tidak manis dan mungkin membuka pandangan serong khalayak pula.

“Kalau boleh, saya memang tidak mahu lagi mengulas mengenai perkara ini (gosip cinta). Tidak manis pun untuk perempuan bercerita itu dan ini mengenai sesuatu yang belum pasti.

“Saya tidak mahu orang tersalah sangka atau berpandangan serong menganggap saya perempuan yang tidak baik apabila bercakap lebih-lebih mengenai kes ini,” katanya sambil berharap supaya gosip dengan Sam segera bernoktah.

Apabila ditanya keistimewaan Sam di matanya, Syatilla tidak mampu menolak kenyataan lelaki itu memiliki sikap yang menawan hati.

Katanya, aktor kesayangan ramai itu bukan saja manja dan kelakar sebagai sahabat, malah dia juga lelaki yang begitu mengambil berat dan memahami dirinya.

“Saya selesa dan senang berkawan dengan Sam. Dia seorang rakan yang baik dan memahami saya seadanya. Pendek kata, dia bukan saja penghibur hati saya ketika sedang bersedih atau tertekan malah begitu mengambil berat. Kami banyak berkongsi pendapat mengenai kerja,” katanya.

Bagaimanapun, tatkala diusik tidakkah keserasian dan saling mengenali itu memudahkan proses perkongsian hati, Syatilla berkata, dia enggan memikirkan soal berkenaan dan menyerahkannya pada takdir.

“Saya tak nak fikir lebih-lebih mengenai hala tuju hubungan ini. Kalau ditakdirkan ada jodoh dengan dia, saya terima. Sebenarnya, saya tidak tolak jodoh walau dengan sesiapa pun, cuma kebetulan sekarang orang kaitkan saya dengan Sam, sebab itu timbul spekulasi begini,” katanya.


Rindu aktiviti lasak

Sekali pandang, anak kedua daripada lima beradik ini mungkin tidak banyak berbeza daripada acuan semula jadi wanita yang ayu dan lemah lembut.

Ironinya, kata Syatilla, ramai yang mudah tersalah sangka dengan penampilan luarannya.

“Sebenarnya saya seorang gadis yang lasak cuma ramai yang tersalah anggap dengan penampilan luaran saya. Naluri kewanitaan masih kuat tetapi saya bukan tipikal wanita yang lemah lembut. Saya suka pada aktiviti lasak dan aktif,” katanya.

Tambah Syatilla, sifat aktif dan lasak dalam dirinya disemai secara semula jadi sejak kecil kerana ba-nyak menghabiskan masa mengikuti bapanya melakukan pelbagai aktiviti yang digemari lelaki.

“Saya suka berkonvoi dengan motosikal berkuasa tinggi sebab aktiviti itu sering saya lakukan bersama bapa ketika remaja dulu. Kalau hendak tahu, saya boleh menunggang motosikal besar tetapi sudah lama tidak berpeluang untuk sertai konvoi motosikal apabila usia meningkat.

“Saya semakin sibuk dengan kerjaya seni manakala bapa pula semakin meningkat usia dan sudah lama tidak terbabit dengan program begitu. Saya rindu kenangan itu,” katanya yang berhasrat untuk memiliki motosikal jenis Ducati kelak.


Jatuh cinta pada lakonan

Pada awal kemunculannya dalam bidang ini, dia langsung tidak bermimpi untuk bergiat serius sebagai pelakon. Ini kerana kecenderungan sebagai model yang menjadi permulaan kerjaya selepas tamat sekolah masih menebal dalam diri.

“Saya ceburi lakonan pun selepas terbabit dalam program Dewi Remaja 2010 dan pada awalnya saya kurang minat berlakon. Minat saya kuat pada bidang peragaan tetapi tidak sangka lama kelamaan selepas terbabit dalam pelbagai projek drama, makin jatuh hati dengan lakonan pula,” katanya.

Malah, Syatilla berkata, dia mahu mendalami dan menimba lebih banyak ilmu lakonan daripada pelbagai pihak termasuk kelas lakonan bagi mengasah potensinya.

“Sekarang minat pada lakonan semakin mendalam. Saya mahu jadi pelakon yang lebih baik pada masa depan. Insya-Allah, saya berhasrat untuk mengikuti kelas lakonan bersama Fauziah Nawi apabila berkesempatan nanti kerana saya kagum dengan lakonannya,” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Wasilah Cinta arahan Murali Abdullah.

Menyusul dalam jurnal seninya, kata Syatilla, dia akan terbabit dalam beberapa projek drama bersiri Kalau Bukan Aku dan Epilog Cinta Kirana untuk TV3, tidak lama lagi.

Sebelum menamatkan perbualan kami, Syatilla berkata, dia juga teruja untuk membintangi filem pertamanya, Romeo Kota di samping Aaron Aziz, Ahmad Nabil Ahmad dan Hanis Zalikha di bawah arahan Ahmad Idham bermula bulan depan.

‘Ini bukan masa untuk mati’


Putrajaya: “Lalat, semut penuh menghurung tangan saya yang hampir putus ditetak, tetapi saya katakan pada diri akan terus bertahan,” kata Inspektor Mohamad Hasnal Jamil, anggota polis yang cedera parah dalam serangan hendap pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, 2 Mac lalu.

Hasnal, 31, berkata, sepanjang 21 jam berlindung di sebuah rumah papan, anggotanya menyuap air hujan bagi menghilangkan dahaga kerana tangannya tidak boleh bergerak akibat ditetak pengganas.

“Darah di muka dan tangan kanan hampir kering, manakala seluar serta baju mengeras akibat terlalu banyak darah mengalir. Bila cuba berdiri mahu pitam jadi terpaksa hanya berbaring.

“Anggota yang terselamat berada di sisi saya, mereka tunggu dan bertahan kerana tidak tergamak meninggalkan saya dan jenazah rakan yang terbunuh,” katanya ketika ditemui selepas pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Perwira Lahad Datu kepada balu dan waris anggota keselamatan yang terkorban dan tercedera di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di sini, semalam.


HASNAL berkongsi pengalaman diserang pengganas sambil menunjukkan tangannya yang tercedera.


Antara yang hadir ialah semua tujuh balu dan waris anggota keselamatan yang terkorban dalam operasi itu termasuk balu Sarjan Salam Togiran, Marlinah Utan dan dua anaknya Umie Amira Umairah Salam dan Umie Alia Aulia Salam.

‘Saya serba salah’ Nora Danish


Kuala Lumpur: “Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.

Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora.

Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.

“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

ADEGAN panas Rusdi dan Nora yang menjadi bualan di laman sosial.


Rusdi, 43, berkata, penggambaran filem genre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar.

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”