Thursday, 31 May 2012

14 GRO China Ditahan Di Seremban



SEREMBAN – Tindakan sebuah premis hiburan menggajikan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing menerima padah apabila mereka ditahan dalam serbuan di Taman AST, di sini malam tadi.

Dalam operasi yang dilakukan sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri pada pukul 9.30 malam itu, seramai 14 GRO warga asing terdiri daripada warganegara China ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, ketika serbuan, GRO yang berusia antara 19 dan 57 tahun cuba meloloskan diri melalui lubang tikus tetapi gagal.

“Sebaik sahaja serbuan yang dilakukan, pihak polis mendapati kesemua GRO dikatakan cuba melarikan diri melalui lubang tikus yang disediakan oleh pengusaha premis bagi tujuan mengelakkan diri dari ditahan pihak berkuasa.

“Berdasarkan pemeriksaan yang kita lakukan, 11 dari warga China itu menggunakan pas lawatan pelajar di Kuala Lumpur, dua dari mereka menggunakan pas lawatan bekerja di Selangor dan Johor dan seorang lagi mempunyai permit perkahwinan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, dalam serbuan itu pihak polis juga menahan 10 pelanggan berusia 20 hingga 50 an untuk di soal siasat.

Menurut Hamdan, seorang lelaki berusia 37 tahun dipercayai penjaga premis itu turut ditahan bagi membantu siasatan.

Tambah beliau, polis akan mengadakan pemeriksaan lebih kerap di pusat-pusat hiburan di negeri ini yang dikenal pasti menjadi tumpuan golongan itu.

Kesemua GRO yang ditahan itu dibawa ke IPD Seremban untuk disoal siasat sebelum dikenakan tindakan susulan.

sumber: mynewshub.my

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”