Thursday, 24 May 2012

Iklan tv3 yang diharamkan



Kontroversi Iklan Hari Raya TV3 Terbaru 2010 : ada unsur agama lain? memesongkan akidah?

Salam...

Lanun terpanggil buat post ni selepas membaca post di blog cikgu dahlia. Lanun baru tahu, maklumlah Lanun takda TV mana nak tahu apa iklan kat TV sekarang. Dari post terbaru beliau Lanun sungguh terkejut dengan iklan hari raya tahun ini 2010 1431H dari TV3 yang merepek dan merapu. Apa kah motif TV3 buat iklan macam ni?






Pada pemerhatian Lanun, terdapat beberapa perkara dan elemen yang jelas songsang :

    Ada macam Santa Clause ( atok yang bawa beca tu ) macam krismas.
    ( beca terbang ) kendaraan Santa Clause elemen dari agama kristian.
    Ada bunga lotus / teratai elemen dari agama Buddha
    Pelita di atas bunga elemen dari Hindu perayaan Deepavali.

Antara kesalahan dari pemerhatian Lanun pada video iklan tu :

    Nak terap Kongsi raya kah? Kongsi adalah jelas diharamkan.
    Nak terap 1 Malaysia? Bukan ini caranya.
    Mengaitkan perayaan agama Islam dengan agama lain adalah diharamkan.
    Mencampur aduk dan menambah perkara yang bertentang dengan syariat Islam.
    Unsur unsur khurafat cuba dimasukkan ke dalam Aidilfitri.
    Pendedahan aurat dalam iklan.
    Tiada mesej yang disampaikan.
    Boleh menimbulkan keraguan pada kanak kanak.

Saranan Lanun pada pihak Media Prima dan TV3 sendiri tarik baliklah iklan ini. Jelas secara jelas iklan ini adalah bertentangan dengan perayaan Aidilfitri itu sendiri, Khurafat!. Kita perlu ingat Perayaan Agama seperti aidilfitri dan Ramadhan bukan seperti Hari kemerdekaan, ia tidak boleh dicampur adukkan dengan perkara yang bercanggah dengan Islam.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”