Tuesday, 29 May 2012
Juara American Idol 11, Phillip Phillips Jalani Pembedahan
Sebagai bayaran untuk menjadi juara rancangan realiti, American Idol 11, Phillip Phillips akan menjalani pembedahan buah pinggang hari ini (29 Mei).
Phillip sebelum ini dilaporkan telah menahan sakit sepanjang program American Idol 11 berlangsung dan doktor turut menasihatkan penyanyi yang bersuara “serak basah” ini agar menjalani pembedahan sebelum pusingan akhir American Idol. Namun, Phillip tidak mengendahkan arahan yang diberi.
Berita baik buat Phillip, dia dan keluarga telah ditawarkan untuk tinggal di Malibu selepas pembedahan dijalankan dan menjalani sesi pemulihan di rumah yang disediakan oleh produksi American Idol.
Phillip Phillips sebelum ini telah memecahkan rekod undian di American Idol apabila dia telah mengutip 132 Juta undian, rekod undian tertinggi American Idol sepanjang musim. Apa pun, mari kita layankan video pusingan akhir American Idol 11 oleh Phillip Phillips.
Link Video
Labels:
News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment