Friday 8 June 2012

Gambar Kanak-kanak 12 tahun mangsa rogol angkara Facebook



Lagi kes dicatat angkara laman sosial, kali ini bukan sahaja tertipu atau kehilangan wang tunai jutaan ringgit malah pengaruh laman sosial itu telah mengakibatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dilapor menjadi mangsa rogol individu yang dikenali menerusi Facebook.

Bagi gadis ini, perkenalannya dengan seorang remaja lelaki tahun lalu bermula di laman Facebook.

Susulan daripada itu, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah di Bercham, Ipoh mengatur pertemuan dengan remaja lelaki berusia 16 tahun.

Dengan usia yang masih muda, kanak-kanak ini akhirnya terpengaruh sehingga membawa kepada keterlanjuran.

Perlakuan seks dikatakan berlaku beberapa kali antara November dan Mei lalu.

Remaja lelaki yang dikenali mangsa dikatakan pernah memberi pelbagai hadiah berharga termasuk cincin dan rantai.

Bagaimanapun, perbuatan itu dihidu keluarga mangsa selepas menerima laporan bahawa anak perempuan mereka tidak hadir ke sekolah dan tidak pulang ke rumah pada 26 Mei lalu.


Susulan itu, satu laporan polis dibuat dan membawa kepada pendedahan serta pengakuan gadis bawah umur ini -- sudah terlanjur dengan teman lelaki dikenali menerusi Facebook.

Bagi abang mangsa, kejadian ini perlu dijadikan ikhtibar.

Berikutan itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Ipoh manakala mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan lanjut.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”