Syarikat Apple dilaporkan sudah menghantar permohonan paten bagi iphone baru yang mana ia bakal membolehkan pengguna menukar lensa pada telefon mereka .
Walaupun tidak menyebut iPhone dalam permohonan paten terbabit , permohonan Apple merangkumi perkakasan elektronik mudah alih seperti telefon bimbit yang memungkinkan bahagian belakang telefon ditanggal dan pengguna boleh menukar lensa berbeza .
Ramai penganalisis percaya , ia dibuat khusus untuk produk Apple nanti .
Sebelum ini , pengguna iPhone menggunakan aplikasi sebagai fungsi tambahan kepada kualiti kamera sedia ada .
Paten terbabit dikatakan menjadi salah satu impian Ketua Pegawai Eksekutif terdahulu Apple, Steve Jobs yang mengimpikan fungsi kamera iPhone lebih baik kepada jurugambar .
Jobs yang turut meminati fotografi pernah memaklumkan hasratnya itu apabila bertemu CEO syarikat Lytro , Ren Ng , tahun lalu .
No comments:
Post a Comment