Thursday 7 June 2012

Perut tertusuk pemegang basikal



KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak cedera di perut apabila terjatuh daripada basikal yang ditunggangnya akibat tercucuk pemegang basikal jenis Fixie yang menyebabkan luka sedalam 2.54 sentimeter.
Mohammad Shahrul Nizam Shahrul, 11, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, beliau sedang menunggang basikal bersama rakan di sekitar halaman rumah di Kubang Keranji, Pasir Tumboh.
“Ketika sedang menunggang basikal, tiba-tiba seekor ular keluar dari semak berhampiran.
“Akibat terkejut, saya segera menghentikan basikal dan gagal mengawalnya lalu terjatuh sebelum pemegangnya tercucuk ke perut saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab 11 (HRPZ11), di sini semalam.
Mohammad Shahrul, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Stan berkata, sebaik saja terjatuh, beliau terus menjerit meminta tolong selepas berasa sakit di bahagian perut dan menyedari ada sedikit pendarahan.
Ibunya, Suriani Yahya, 33, berkata ketika kejadian, beliau berada di klinik Peringat membawa anak bongsunya yang berumur sembilan bulan menjalani pemeriksaan bulanan.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”