Wednesday 25 July 2012

Kekasih Dedah Rahsia

Kekasih dedah rahsia : Seorang kekasih dedah rahsia aktiviti pasangannya yang menjadikan sebuah rumah sebagai pusat pemprosesan dadah.




Gambar Hiasan





MELAKA: Polis menemui ribuan pil Ecstasy dan ketamin bernilai lebih setengah juta ringgit selepas memeriksa rumah seorang lelaki yang enggan melepaskan begnya kerana mengandungi 500 gram syabu semasa dihantar ke hospital selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, minggu lalu.
Teman wanitanya yang melawat lelaki berusia 36 tahun itu di hospital pada hari kemalangan Rabu lalu telah ditahan dan polis menemui sejumlah kunci sebelum wanita berumur 30 tahun itu membawa polis ke sebuah rumah di sekitar Semabok, di sini.

Pihak polis mendapati rumah itu dijadikan tempat pemprosesan dadah dan 4,600 pil Ecstasy serta dadah disyaki jenis ketamin seberat kira-kira 2,106 gram (g) yang dianggar bernilai RM584,958 (termasuk 500 gram syabu yang ditemui bersama lelaki itu) serta sejumlah wang tunai ditemui dalam rumah tersebut.
Superintendan Md Azmi Othman (Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka) berkata, lelaki berkenaan cedera akibat kereta Proton Iswara yang dipandunya merempuh sebuah lori di Alor Gajah pada jam 7.15 pagi, Rabu lalu.
“Semasa dalam perjalanan ke hospital, magsa kemalangan tersebut berkelakuan mencurigakan apabila memeluk dua beg miliknya hingga menyebabkan sepasukan polis dipanggil untuk membuat pemeriksaan.
“Dalam pemeriksaan tersebut pihak polis menemui satu bungkusan plastik berbalut surat khabar berisi dadah disyaki syabu seberat 500g dalam satu daripada beg itu manakala satu lagi beg mengandungi komputer riba dan telefon bimbit,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Menurutnya  pada jam 11 pagi hari sama, seorang wanita dipercayai teman wanitanya datang melawat lelaki tersebut di hospital dan dia turut ditahan bagi membantu siasatan polis.
“Polis tidak menemui apa-apa barangan kecuali serangkai kunci dan wanita itu kemudian membawa pihak polis ke sebuah rumah di Semabok iaitu tempat dadah berkenaan ditemui.
“Polis telah menemui peralatan dipercayai untuk memproses dadah di rumah berkenaan. Sebuah kereta Perodua Myvi milik wanita itu turut disita bagi membantu siasatan,” ujarnya lgi.
Pasangan berkenaan ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, direman sehingga hari ini 

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”