“Saya tertekan dan malu!!” Demikianlah luahan Farid Ismeth atau lebih dikenalli dengan nama timangan ‘Pak Ngah’ apabila diajukan soalan yang bersifat gosip liar atau silap sedikit menjadi fitnah besar, yakni kononnya beliau (Pak Ngah) pernah berkahwin dengan individu yang bergelar VVIP kini yang difahamkan adalah Datin Paduka Seri Rosmah Mansur.
Rakan media menerusi blognya telah mengambil pendekatan mengupas isu ini dengan lebih dekat dari Pak Ngah sendiri untuk mendengar sebarang respon akan perkara tersebut. Menurut Pak Ngah beliau tidak pernah tampil bersuara akan spekulasi liar dan tidak logik ini,dan dari temubual ini adalah kali pertama beliau merungkai perasaan dan penjelasan yang selama ini terbuku dihatinya.
Menurutnya, spekulasi itu (mengaitkan dirinya dengan Rosmah) membuatkan dirinya malu, tertekan dan memendam rasa terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai.
No comments:
Post a Comment