Wednesday, 15 August 2012

Maya Karin Kini Punya ‘Teman Istimewa’?




Selepas lebih dua tahun hidup menyendiri, Maya Karin, 32, khabarnya kini sedang mengenal hati budi seseorang namun enggan berfikir serius tentang hubungan.

Perkara tersebut diakui sendiri heroin Ombak Rindu ini di sebuah program hiburan baru-baru ini.

“Saya ada juga keluar dating, tengok movie atau ada yang mengajak makan malam menjemput dari rumah dan ada jugak beberapa jejaka yang saya ingin berkenalan”, katanya.

Maya juga turut mengakui sering meminta pendapat adik beliau tentang seseorang jejaka tersebut dan walaupun ada, tidak bermakna hubungan mereka kini bercinta.

“Sekarang ini masa yang sangat selesa untuk saya hidup bersendirian & saya tidak rasa terburu buru untuk menjalinkan hubungan dengan mana mana lelaki,” tambahnya lagi.

Bukan peminat saja malah kami juga tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka bertuah yang telah mengisi kekosongan hati Maya Karin ketika ini?

Kita hormati Maya, biarkan. Kami yakin satu hari nanti Maya akan berkongsi lanjut  mengenai berita gembira ini, kan.


Terdahulu, Maya pernah mendirikan rumahtangga dengan Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose.  Pasangan itu berkahwin dalam suasana romantis pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali. Dan majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 26 Ogos tahun yang sama.

Namun pada pada 16 Julai 2010 pasangan ini memutuskan untuk berpisah. Selama hampir tiga tahun hidup bersama, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.



No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”