Wednesday, 15 August 2012

“Suami Menyokong Perubahan Saya Ini” – Ayu Raudhah



“Tak ada alami apa-apa mimpi. Cuma Ayu memang rasa nak pakai tudung. Mungkin juga sebab selama mengerjakan umrah lalu saya sentiasa bertudUng, jadi sudaH biasa dengan keadaan ini. Lagipun selama ni kebanyakan drama yang Ayu berlakon, Ayu kerap tampil dengan imej bertudung. Peminat pula ramai yang suka tengok Ayu bertudung”, katanya.

Tambah Adik kepada pelakon seksi Rozita Che Wan, bidang lakonan tidak akan ditinggalkan. Cuma selepas ni dia akan lebih peka dan perlu memilih watak dan karatker yang sesuai dengan penampilannya sekarang.

Ditanya mengenai perubahan hidup serta reaksi suami juga orang sekeliling yang rapat dengannya apabila mengetahui akan perubahannya itu, Ayu menjawab,

“Alhamdulillah, Ayu selesa dengan penampilan sekarang. Kehidupan saya seperti biasa dan tiada bezanya. Keluarga dan suami pula sangat gembira dan menyokong perubahan saya ini.

“Awal-awal tu suami Ayu tak perasan yang Ayu dah bertudung. Tapi bila dia tengok setiap kali kami nak keluar, Ayu pakai tudung, dia tanya, dah pakai tudung ker? Dan dia cakap perubahan Ayu ni dah buat doa dan hasratnya tercapai,”

Sibuk Cari Tudung Raya

Dalam pada itu menyentuh mengenai persiapan raya yang bakal tiba tak lama lagi, Ayu berkata persiapan yan dibuat secara sederhana. Kali ini dia berbelanjan lebih sedikit untuk menghias juga kelengkapan rumah dan membeli kuih muih.


“Persiapan tu sederhana saja. Mujur sebelum pergi umrah Ayu dah siapkan semua dari segi baju, tempah kuih-muih dan sebagainya. Jadi tak lah sekarang kelam kabut. Baju raya tahun ni enam pasang.

Sekarang ni Ayu tengah sibuk nak cari tudung untuk dipadankan dengan baju-baju tu lah. Sebab sebelum pergi sana hari tu belum bertudung lagi kan, jadi sekarang baju dah siap, tu yang sibuk cari tudung mana yang sesuai”, katanya sambil tergelak.

Menurutnya lagi, Aidilfitri tahun ni merupakan giliran beraya di sebelah keluarga suami dan Ayu beruntung kerana tanpa di rancang dia turut berkesempatan pulang beraya di kampung halamannya di Kedah.

“Tahun ni, raya pertama kampung suami di Seremban, Negeri Sembilan. Kalau ikutkan tak balik Kedah, tapi kebetulan raya kedua tu Zaquan bersama pasukannya ATM, ada latihan dan perlawanan menentang pasukan Kedah, jadi alang-alang tu saya ikut lah balik ke Kedah dan terus beraya di sana”, katanya sebelem mengakhiri perbualan.

1 comment:

zack mus said...

bagi hadiah satu Gigi kepada tuan belog

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”