Tuesday 11 September 2012

14 Dipecat Gara-Gara Video Parody 'Gangnam Style'


El Monte: Sekumpulan penyelamat kolam renang di sini menyangka usaha mereka beraksi menggunakan rakaman video rap muzik Korea Selatan akan mendapat pujian, tetapi sangkaan mereka meleset.


Majikan mereka tidak bersetuju dengan usaha itu dan memecat 14 penyelamat kolam renang berkenaan yang bertugas di sini, minggu lalu. Diberi tajuk Lifeguard Style, video lebih dua minit itu meniru gaya bintang pop Psy yang mempersembahkan Gangnam Style, rentak sensasi internet tahun ini.Dalam aksi mereka, 14 penyelamat itu memakai pakaian renang merah dan meniru gaya Psy serta menyapu krim kulit sesama sendiri.

Dalam satu aksi yang disiarkan YouTube, seorang daripada mereka menari dengan seorang rakan di celah kangkang.

Disifatkan tak senonoh

Ketua mereka nyata tidak memberi sokongan atau terhibur dengan gelagat mereka dengan menyifatkan ia tidak senonoh dan memalukan, kata salah seorang penyelamat terbabit, Gabriel Gonzalez kepada NBC.
Pihak berkuasa perbandaran pula menjelaskan, kumpulan penyelamat itu bersalah menggunakan harta benda awam termasuk kolam renang dan pakaian mereka untuk kegunaan peribadi, menurut laporan.

Penyelamat terbabit yang mahu bekerja semula di tempat sama sudah mewujudkan laman web di Facebook berjudul Bring Back The El Monte Aquatic Center 14, yang sudah mempunyai 584 peminat dan mendapat tandatangan sokongan hampir sama.
Kami rasa tidak adil kena pecat menggunakan alasan itu, kata seorang lagi penyelamat, Alexander Huerta kepada CBS.

Setakat ini, lebih 359,421 sudah menonton aksi penyelamat terbabit di YouTube.
Bagi muzik video asli pula, 129,650,081 sudah menonton aksi penyanyi Korea Selatan itu.

Nama sebenar Psy ialah Park Jae Sung. Lagunya adalah satu komentar mengenai sikap kebendaan melampau di Korea Selatan ketika ini.


Lagu Psy kalahkan Bieber

Sambutan hangat lagu itu dilaporkan lagu Baby yang disampaikan Justin Bieber dan lagu Rebecca Black, Friday.

Selain itu, Psy dan penerbit album Bieber, Scooter Braun, memeterai perjanjian untuk menghasilkan lagu bersama dengan Braun menyiarkan video pendek mengumumkan rancangan mereka bertujuan membolehkan artis Asia itu yang pertama dari Korea untuk mencatat rekod baru nyanyian di Amerika Syarikat.

sumber:http://www.fuzore.com

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”