Tuesday 11 September 2012

Dicekup Ketika Asyik Melepaskan Gelora Nafsu


Dicekup Ketika Asyik Melepaskan Gelora Nafsu Songsang: Aksi jijik 2 lelaki yang asyik melepaskan gelora nafsu songsang mereka di kawasan rekreasi Taman Gelora, di sini, terbantut apabila mereka dicekup penduduk tempatan yang melakukan rondaan untuk mencegah perlakuan tersebut, awal pagi kelmarin.



Seorang daripada penduduk terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Fairuz, 30, berkata, 2 remaja lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu dicekup jam 2 pagi setelah intipan dilakukan 15 minit.

Menurutnya, penduduk kawasan perumahan berhampiran Taman Gelora kerap melakukan rondaan bagi mencekup pasangan homoseksual setelah tidak sanggup melihat taman rekreasi tersebut menjadi lubuk maksiat golongan terbabit.



Fairuz berkata, ketika dia serta seorang rakan melakukan rondaan awal pagi kelmarin, mereka mengesan aksi mencurigakan 2 individu yang dilihat asyik memadu asmara. - Dicekup Ketika Asyik Melepaskan Gelora Nafsu Songsang

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”