Seperti di dalam berita sebelum ini kami tidak mahu berlaku kes bayi yang mati dibunuh kerana dilahirkan di luar nikah. Kami juga tak mahu bayi dibuang di tong sampah kemudian mati dimakan oleh haiwan kemdian dihurungi semut. Jika anda tahu sesiapa yang mengandung dan tidak tahu apa harus dilakukan dengan bayi selepas lahir, sila hubungi OrphanCare Malaysia. Badan NGO ini sudi mengambil bayi yang anda tidak mahu dan menyediakan tempat yang selamat untuk bayi ini ditinggalkan dalam bentuk Baby Hatch. Hac ini sudah beroperasi sejak Mac 2010. Tidak ada sebab untuk anda membuang baby atau membunuh mereka. Kini ada pilihan lain selain dari menjadi pembunuh budak yang tidak berdosa.
Tahukah anda diantara tahun 2005-2011, sebanyak 517 kejadian menbuang bayi dicatatkan di Malaysia? Dari 517 kes ini 287 bayi hanya ditemui selepas meninggal dunia. This is unacceptable. Pihak Orphancare mempunyai lebih kurang 1700 pasangan yang berdaftar yang menanti untuk menjadi ibu bapa angkat. Anda tak mahu tetapi pasangan-pasangan ini mendambakan anak!
Lokasi Baby Hatch Orphancare ini ialah di No.6 Lorong SS1/24A, Kampung Tunku, 47300 Petaling Jaya, Malaysia. Baby Hatch mereka sentiasa dibuka dan anda boleh tinggalkan bayi anda disini. Jangan bunuh baby please.
No comments:
Post a Comment