Seorang wanita layak digelar ‘ibu setan’ kerana bukan saja melacurk ananak gadisnya sendiri berusia 13 tahun, malah suami wanita terbabit,yang juga bapa tiri mangsa, sanggup bersekongkol melakukan kegiatan
terkutuk itu dengan alasan bagi menampung perbelanjaan keluarga.Difahamkan, pada mulanya, ibu durjana berusia 30-anitu terpengaruh dengan tawaran seorang lelaki menawarkan RM1,500 bagi meniduri anaknya, asalkan gadis terbabit masih dara.
Gelap mata dengan bayaran bakal diterima itu, wanita terbabit bersama suami dan seorang rakan, membawa anaknya ke bandar raya ini dengan alasan bersiar-siar sebelum ditinggalkan seorang diri di bilik sebuah
hotel di sini.Seorang lelaki memasuki bilik hotel berkenaan lalu merogol mangsa sebelum meninggalkan gadis berkenaan.Difahamkan, sebelum meninggalkan hotel, lelaki terbabit turut menyerahkan wang kepada ibu mangsa seperti dijanjikan selepas yakin gadis berkenaan masih dara.
No comments:
Post a Comment