Monday 8 October 2012

Eksiden Nissan GTR Dan Nissan Skyline Di Kuantan



Bayangkan kalau korang ada kereta seperti Nissan GTR di atas, dan ia merupakan kereta kesayangan korang. Tetapi akibat kelalaian korang, kereta tu musnah dan hancur seperti besi buruk. Semua akibat kemalangan. Mesti frust kerana terpaksa simpan duit balik untuk dapatkan sebuah kereta yang sama. 

Tapi itu kita, yang jenis tak berada ada. Kalau orang kaya lain caranya. Setakat kereta yang berharga beratus-ratus ribu ini, hanya satu hobi dan mainan sahaja.

Berbalik kepada kereta Nissan GTR dan Nissan Skyline, ini antara dua buah kereta impian semua orang termasuk Admin. Kalau dapat satu, cukup la. :)

Hari ni ada baca berita tentang kemalangan di kawasan Semambu, Kuantan melibatkan sebuah kereta Nissan GTR dan Nissan Skyline. Perghhh!!! Memang dua-duanya kereta yang mempunyai kualiti yang tinggi dari Nissan.

Bila tengok gambar-gambar kemalangan dua buah kereta Nissan GTR dan Skyline ini, nampak gaya macam dibawa laju. Kita tengok macam 'Sayangnya kereta tu, hancur begitu jer'. 'Kalau la aku dapat, aku jaga elok-elok' Itu kata kita la...

Kita yang bawa kereta biasa-biasa ini beringat la, kalau kereta yang berteknologi dan kualiti tinggi seperti Nissan GTR dan Nissan Skyline ni pun boleh hancur sebegini akibat kemalangan, apatah lagi kita memandu kereta buatan yang tidak seberapa.


Pandu la berhati-hati.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”