Friday, 5 October 2012

Izara Aishah: Dialah Teman Lelaki Saya



Izara Aishah: Dialah Teman Lelaki Saya - KUALA LUMPUR : Sudah beberapa kali gadis cantik ini dirisik untuk menceritakan mengenai hubungan cintanya setelah ada mata-mata yang dilaporkan seringkali menjumpai Izara bersama seorang jejaka seusianya.

Akhirnya ketika ditemui di pelancaran rekaan terbaru Cosry, Izara Aishah yang juga duta Purple Label Cosry telah bersedia membuka cerita sedikit tentang kisah peribadi hidupnya serta status dirinya yang sudah lama berpunya.

Tidak seperti sesetengah artis yang lebih gemar merahsiakan status, Izara memilih untuk tidak berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu. Manakala jejaka yang dikenalinya semenjak zaman sekolah itu sudah lama mengikat hati aktres muda ini. Hubungan mereka difahamkan telah terjalin selepas keduanya menamatkan zaman persekolahan.

Namun, apabila ditanya mengenai status teman lelakinya yang dikatakan anak VIP, Izara memilih untuk tidak komen mengenai hal tersebut.

“Siapa dia atau anak siapa itu tidak penting, cukuplah saya mengakui memang kini saya sudah berpunya. Jika ada yang terjumpa saya dengan seorang lelaki, itulah dia teman lelaki saya.

“Izara rasa lebih baik untuk Izara kongsi perkara ini kerana bagi Izara sebelum ada lagi gosip liar pasal Izara dengan mana-mana individu, ini mungkin dapat menjauhkan nama Izara daripada perkara sedemikian.
“Lagipun kalau nak rahsia pun, kami ada keluar bersama. Jadi sebelum menimbulkan sebarang fitnah lain lebih baik Izara cerita sekarang. Diharapkan selepas ini Izara tidak lagi dikaitkan dengan siapa-siapa lagi,”ujarnya yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kerabat-kerabat dan VIP.

Apabila diajukan soalan tidakkah dia takut pendedahan ini akan menjejaskan popularitinya yang kini dilihat sedang berada di puncak. Aktres yang baru berusia 20 tahun ini menjelaskan lebih baik dia menjadi diri sendiri daripada seorang yang hipokrit.

“Bila orang kata Izara ini sopan santun, nampak baik macam dalam lakonan dan sebagainya. Itu bukan diri Izara, tetapi itu watak yang Izara bawakan

“Izara tidak mahu dilabel dengan imej yang terlalu baik dan sopan. Jika orang yang berada disekeliling yang mengenali Izara mereka tahu Izara orangnya bagaimana.

“Manalah tahu di masa hadapan kelak Izara ada buat kesilapan, peminat menghukum hanya sebab imej Izara yang dikatakan sopan. Bagi Izara kita semua manusia biasa, tidak dapat lari daripada kesilapan,”ujar selebriti yang terkenal dengan gayanya yang selamba dan sempoi ini.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”