Friday 5 October 2012

Info Saman Perangkap Kamera AES


Info Saman~63,558 Masuk Perangkap Kamera AES :  Menurut laporan, sebanyak 63,558 imej kesalahan trafik telah dirakam menerusi 14 kamera AES, Sistem Penguatkuasaan Automatik yang beroperasi sejak 23 September lalu.

melalui keseluruhan jumlah itu, bermakna secara purata sistem tersebut merakam 5,778 kesalahan trafik setiap hari.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, imej kenderaan yang telah dirakam sedang disemak untuk pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit.

“Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”