Tuesday 9 October 2012

Tanah Perkuburan Elektronik

Guiyu, di Wilayah Guangdong, China terdiri daripada empat kampung kecil. Ia adalah lokasi pembuangan sisa terbesar elektronik di dunia. Pada tahun 2005 sahaja, terdapat +/- 60,000 orang pekerja berkerja untuk memproses sisa buangan elektronik yang mana lebih 100 truckloads yang diangkut setiap hari.  Guiyu juga digelar "tanah perkuburan elektronik". Kebanyakkan operasi kitar semula primitif dalam Guiyu adalah bertoksik dan berbahaya kepada kesihatan pekerja dengan 88% daripada kanak-kanak yang berkerja mengalami keracunan plumbum. Lebih tinggi daripada purata adalah kadar keguguran juga dilaporkan di rantau ini. Pekerja2 disana hanya menggunakan tangan mereka untuk memecahkan elektronik, membuka dan   mengasingkan logam berharga seperti emas dan perak. Pekerja juga "memasak" papan litar untuk membuang cip dan pateri, membakar wayar dan lain-lain plastik untuk membebaskan logam seperti tembaga. Walaupun pendapatan mereka agak lumayan tetapi mereka seperti menggadaikan nyawa mereka sendiri. Bersyukurlah dengan kerja anda sekarang.










No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”