Friday 30 November 2012

Carmen Soo dalam trailer 'The Hunter'?


Aktres dan model antarabangsa, Carmen Soo menegaskan adegan ‘panas’ yang terdapat di dalam filem yang dibintanginya, The Hunter itu bukan dirinya.


Sebaliknya wanita berkenaan adalah pelakon Taiwan bernama Tavani manakala lelaki itu pula adalah pelakon Malaysia, Isaac Ong.

Carmen diminta mengulas persoalan orang ramai itu berikutan ramai yang tertanya-tanya benarkah dia melakukan adegen itu.

The Hunter merupakan filem seram-thriller dalam format 3D pertama di Asia Tenggara dan diarahkan oleh Bjarne Wong yang pernah mengarahkan filem ‘Sayang You Can Dance’ pada tahun 2008.

Filem ini sepatutnya ditayangkan pada September lalu namun tayangannya ditangguh kerana masih lagi dalam proses post-produksi.

“Dua bulan lepas saya ada bertanyakan pada pengarah tentang filem ini dan saya diberitahu ianya masih dalam proses post-produksi.

“Saya difahamkan disebabkan filem itu dalam format 3D jadi ia memakan masa yang lama untuk disiapkan,” katanya yang dipetik melalui Malaysiadigest, di sini, hari ini.
PANAS...Aksi yang dikatakan lakonan Carmen Soo
Menyentuh mengenai gosip hubungan percintaannya dengan Jericho Rosales suatu ketika dulu, Carmen memberitahu mereka berkawan baik.

“Saya dengan Jericho kawan baik. Cerita tentang kami bercinta tu hanya gosip.

“Dia sudah ada teman wanita dan saya pernah berjumpa dengan kekasihnya itu. Mereka sangat baik,” katanya.

Terbaru, Carmen Soo atau nama sebenarnya Soo Wai Ming telah dilantik sebagai wajah baru produk anti-penuaan RubyCollagen, Innershine, semalam.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”