Friday, 30 November 2012
Acara Sebat Sampai Mohon Hujan Turun
Upacara kuno oleh penduduk kampung yang begitu terdesak pada musim kemarau terpaksa mereka lakukan di mana mereka menyerang antara satu sama lain dengan cambuk daripada rusuk gula daun kelapa sawit dipercayai dapat mempengaruhi cuaca agar hujan turun. Upacara ini dilakukan dengan hati terbuka, tidak meyimpan dendam antara satu sama lain, malah mereka melakukannya dengan tarian dan ketawa riang.
Upacara dikenali sebagai ‘ujungan’ telah diguna pakai oleh banyak kawasan di Indonesia, termasuk bandar Kediri, di mana gambar-gambar ini telah diambil.
Orang ramai begitu teruja menyaksikan para peserta masing-masing melepaskan lima sebatan menyengat tetapi harus mematuhi peraturan mengelakkan bahagian bawah perut dan kawasan leher. Setiap pertarungan hanya dalam tempoh 30 saat saja.
Brutal: Two fighters whip each other while performing a traditional game of endurance in Kediri, Indonesia, to help bring rain
Darah yang mengalir dari pertarungan itu diambil sebagai tanda bahawa pengakuan mereka untuk hujan diberikan. Serangan yang dikenali sebagai ‘Tiban’ diiringi oleh muzik dan gendang.
Upacara tradisi musim kemarau adalah berasal dari kalangan gembala muda zaman dulu yang sering bergelut untuk mendapatkan air untuk lembu mereka. Hukuman sebat telah dilihat sebagai 'korban darah' dalam balasan bagi hujan.
Namun ia bukan lagi sebagai acara tahunan dan secara umumnya hanya diadakan apabila masyarakat terdesak untuk mendapatkan hujan turun. Lihat foto berikutnya...
Labels:
macam2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment