KUALA LUMPUR – Desas-desus yang selama
ini mengatakan hubungan rumah tangga diantara Chef Riz dan Ana Dahlia
berantakkan akhirnya terjawab apabila Chef Riz sendiri mengaku yang
mereka sudah bercerai, sekitar Oktober lalu.
Menerusi Kosmo!, anak sulung kepada Chef
Wan itu membuat pengakuan ringkas yang dia sememangnya sudah bercerai
dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia, 29.
“Ya, saya memang sudah bercerai,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.
Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd.
Nadzri Redzuawan, 30, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci
mengenai perceraian berkenaan.
Apa yang pasti, Chef Riz mengakui perkenalan singkat hanya selama lapan bulan turut menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.
“Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan.
“Selepas berkahwin tidak sampai setahun,
kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian
adalah jalan terbaik buat kami,” ujarnya.
Sementara itu, menerusi Berita Harian,
hari ini, Chef Wan turut memberitahu perkara sebenar yang anak dan bekas
menantunya sudah bercerai kerana tidak mahu berteka-teki lagi dengan
orang ramai.
Dia tampil membuat kenyataan bagi
menjelaskan keadaan sebenar kerana tidak mahu pelakon itu dipersalahkan
berikutan wujudnya tuduhan mengatakan Ana berlaku curang.
“Saya tidak tahu dari mana datangnya cerita Ana curang?
“Jadi, saya terpanggil untuk memberikan kenyataan bagi membersihkan namanya.
“Masyarakat tidak sepatutnya berburuk sangka kerana tuduhan itu tidak betul sama sekali,” katanya.
Chef Wan turut memberitahu tempoh edah Ana akan berakhir Disember ini.
“Tempoh edah Ana akan berakhir Disember. Jika mereka mahu teruskan dengan perceraian ini, terpulanglah kepada mereka.
“Saya tidak mahu paksa kerana bagi saya, buat apa mereka hidup dalam kepura-puraan sekiranya keserasian sudah tiada?,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment