JAKARTA: Selebriti Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe tidak peduli jika gambar pra-perkahwinannya bersama Gaston Castano yang agak keterlaluan dan tidak sopan menjadi tatapan umum.
Jupe memberi alasan gambar itu kini dipertonton orang ramai ekoran perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang mengedarkannya ke dunia maya.
“Saya pelik kerana gambar itu sudah diterbitkan pihak tidak bertanggungjawab. Saya juga bingung mengapa gambar-gambar berkenaan boleh diedarkan ke Internet. Mungkin jika saya bukan selebriti, gambar itu tidak akan menjadi buah mulut orang,” ungkap Jupe kepada Inilah.com melalui telefon bimbitnya, semalam. Jupe mengaku dia tidak mahu memikirkan mengenai edaran gambar berkenaan. “Saya tidak peduli kerana semua itu gambar saya bersama Gaston,” ujarnya. Jupe berkata demikian ketika menjawab persoalan berkaitan gambar pra-perkahwinannya bersama Gaston yang kini beredar di Internet. Bagaimanapun, Jupe merahsiakan tarikh dan tempat pernikahannya dengan Gaston dan hanya memberitahu dia akan menikah pada tahun hadapan.
“Tarikhnya tidak boleh diberitahu kerana rahsia. Lagipun masih lama lagi tetapi yang pasti sekitar tahun hadapan,” kata Jupe lagi.
Jupe dan Gaston sepakat tidak mahu menghebahkan tarikh dan tempat resepsi perkahwinan mereka bakal diadakan.
No comments:
Post a Comment