Friday, 14 December 2012
5 Tanda Kenapa Anda Bosan Dengan Pekerjaan Anda
Hampir semua pekerjaan menjadi persaingan masa kini. Itulah mengapa banyak orang menjadi sangat workaholic. Mereka menghabiskan terlalu banyak waktu untuk bekerja dan berfikir dengan teruk. Sekuat mane seseorang itu bekerja, suatu saat pasti ia perlu masa untuk beristirehat. Berikut adalah lima tanda anda perlu istirehat kerja seperti yang dinyatakan dari Boldsky.
1. Membuat kesalahan yang mustahil
Jika Anda seorang profesional yang berpengalaman, kesalahan kecil tentu tidak biasa Anda lakukan. Jika Anda mulai melakukannya akhir-akhir ini, maka fikiran Anda mungkin memerlukan istirehat sebentar.
2. Tidak boleh tidur di malam hari
Stres sering disebabkan oleh beban pekerjaan yang berat dan pada akhirnya mengakibatkan gangguan tidur. Maka, sebaiknya ambil cuti untuk beristirehat dan bersantai.
3. Sering marah-marah
Tekanan pekerjaan membuat kita sering marah-marah. Entah pada orang atau pekerjaan. Jika kebiasaan buruk itu semakin parah, seelok-eloknya cuba segera ambil cuti dan berhibur.
4. Tidak ingat apa yang dimakan
Makanan adalah sesuatu yang seharusnya anda nikmati dengan baik. Tetapi, kerana kesibukan berkerja, ia membuat anda tidak menyedari apa yang telah anda makan.
5. Kesepian
Perasaan itu muncul kerana tekanan pekerjaan yang terlalu besar. Anda mungkin telah menguruskan pasangan atau keluarga selama beberapa waktu lalu. Untuk itu, buatlah rencana hiburan bersama keluarga untuk menikmati waktu beristirehat.
*Nasihat dari Newslah. Kerja keras itu perlu, tetapi sentiasa ingat tentang kesihatan Anda. Tak ada salahnya untuk mengambil istirehat sebentar dan keluar dari kepenatan kerja di pejabat. Ingatlah orang yang tersayang.
Labels:
Sensasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment