Friday, 14 December 2012

Farid Kamil Selamat Dari Di Denda?




MIG akan jumpa pihak ATM tamatkan isu pakaian tentera pada majlis resepsi Farid, Diana

Isu pelakon Farid Kamil menggayakan pemakaian istiadat ketenteraan ketika majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini akan ditangani majikannya, Metrowealth International Group (MIG), dalam masa terdekat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, berkata pihaknya tidak terbabit dengan isu pakaian berkenaan yang ditentukan sendiri pihak pengantin.

Bagaimanapun, MIG berusaha untuk menyelesaikan perkara itu dengan cara baik bersama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sebenarnya, saya tidak mahu komen apa-apa kerana hal ini ingin diselesaikan dengan baik bersama ATM. Kita juga tidak mahu memanjangkan isu ini. Penyelesaiannya juga akan diumumkan kepada media dalam sidang media yang akan diaturkan dalam masa terdekat.

“Saya juga berharap media tidak mengganggu Farid kerana semua isu berkaitan masalah ini sudah diserahkan kepada saya untuk menanganinya,” katanya ketika dihubungi HIP, semalam.

Tak menyesal

Malah David berkata, aspek pakaian bukan di bawah bidang kuasanya, tetapi mengakui hanya menjadi perantara antara pihak pengantin dan ATM.

“Pakaian ditentukan sendiri oleh pengantin dan dia juga ada melantik perancang perkahwinan untuk mengaturkan perjalanan majlis resepsinya.

“Saya sebagai majikan hanya menguruskan perkara berkaitan tetamu jemputan dan lokasi, serta memastikan perjalanan acara berjalan dengan lancar,” katanya yang tidak terbabit dengan protokol majlis.

Pada masa sama David tidak mahu menyesali apa yang sudah berlaku kerana setiap kesilapan boleh diselesaikan, jika kena dengan caranya.

“Sebagai manusia, saya tidak kesal berlakunya hal ini. Namun, semuanya sudah berlaku dan kita tidak mampu untuk berpatah balik, jadi kita akan betulkan semula apa yang salah dan tangani isu ini bersama ATM secara baik,” katanya.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”