Wednesday, 27 March 2013
Kes ugut bunuh Yassin selesai
Komposer merangkap penyanyi, Yassin Sulaiman menyatakan kes berhubung ugutan bunuh diterimanya menerusi laman YouTube terhadap lagu ciptaannya, Reformasi, sudah selesai.
Menurutnya, individu yang memberikan ugutan itu menerusi komen lagu berkenaan tampil memohon maaf secara terbuka dalam komen yang sama.
“Dia tampil memohon maaf dua hari selepas berita ugutan itu dilaporkan di akhbar. Walaupun pada peringkat awal saya bersama peguam berhasrat membuat laporan polis, tetapi kami tidak melakukannya,” katanya.
Yassin atau nama sebenar, Muhammad Yasin Sulaiman, 37, berkata, dia tidak mengenali identiti individu terbabit, tetapi bersimpati jika undang-undang diambil terhadapnya.
“Mungkin dia bawah umur dan jika diambil tindakan boleh menyusahkan kedua-dua ibu bapanya. Saya fikir dia berperasaan marah dan geram ketika itu mungkin kerana dipengaruhi maklumat tertentu yang diterimanya,” kata penyanyi yang popular menerusi lagu Mimpi Laila itu. Pada 5 Mac lalu, Yassin memberikan tempoh 48 jam kepada individu terbabit selepas memuat naik lagunya di laman YouTube pada 25 Februari lalu. Lagu itu menjadi kontroversi apabila memaparkan pemimpin dan penyokong parti pembangkang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment