Thursday 2 May 2013

Aiman Hakim Dan Fathia Berpeluk Sakan Di KLIA?

Bermacam-macam lelaki digosipkan bercinta denga pelakon Nur Fathia, sebelum ini dia digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Keith Foo dan seorang kerabat diraja.
Alih-alih pula sekarang dia dikatakan berpeluk sakan dengan pemenang trofi Artis Baru Lelaki Popular iaitu Aiman Hakim Ridza di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut seorang petugas di KLIA yang menulis di forum Cari, dia ternampak pasangan ini yang dikatakan berpeluk sakan di sana.
Petugas itu turut menyebut ketika kejadian itu berlaku pasangan ini hanya berdua dan galak berpegang tangan dan berpeluk sakan ketika berjalan dihadapannya dan rakan yang lain.
Mungkinkah bibit-bibit cinta sudah berputik di antara kedua pelakon itu? Kalau betul pun apa salahnya, dua-dua pun masih solo kan..
Dalam perkembangan lain, mereka kini sedang meluangkan masa bersama dengan bercuti bersama peminat di Paris bersama dua selebriti lain iaitu Fizo Omar dan Tasha Shilla.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”