Bulan lalu laporan media menyebut rumah Mawi dipecah masuk seorang lelaki gara-gara lelaki itu mendakwa ternampak sepasang orang bunian tinggal di rumah penyanyi tersebut.
Bercakap kepada mStar online, Mawi berkata semenjak kejadian itu berlaku sehingga kini tiada sebarang kejadian pelik terjadi di rumahnya dan dia sekeluarga hanya berserah kepada Allah terhadap sebarang kemungkinan.
Mawi juga menyatakan yang dia tidak berhasrat untuk berpindah daripada kediamannya yang terletak di Bangi Golf Resort itu.
"Itu dakwaan lelaki tersebut yang kita tidak tahu sama ada benar atau pun tidak. Saya bagaimanapun tidak berhasrat untuk berpindah kerana perkara itu.
"Alhamdulillah setakat ini keadaan rumah berada dalam keadaan baik dan tidak pernah berlaku sebarang kejadian aneh," katanya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini.
Pada kejadian, seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh berusia 40-an bertindak memecahkan tingkap dapur rumah juara program Akademi Fantasia itu dan mendakwa melihat kelibat sepasang orang bunian berlegar-legar dalam rumah penyanyi itu.
Dalam pada itu, Mawi berkata, kes berkenaan telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat dan berharap kejadian serupa tidak berulang lagi.
"Ini adalah kali kedua rumah saya dimasuk orang dan walaupun dia mendakwa ternampak bunian dalam rumah, saya tetap serahkan dia kepada pihak polis kerana menceroboh kediaman saya," katanya akan tampil sebagai juri dalam program Ceria Popstar di saluran Astro Ceria mulai 5 Mei ini.
No comments:
Post a Comment