Wednesday, 12 June 2013
Yuna Mahu Balik Sambut Hari Jadi di Malaysia
Penyanyi bertaraf antarabangsa kebanggaan Malaysia, Yunalis Zarai aka Yuna merancang mahu pulang ke tanah air sekaligus menyambut ulangtahun kelahirannya yang jatuh pada November depan. Pelantun Terukir di Bintang dan Shine Your Way itu menyatakan hasrat tersebut melalui webcam secara terus dari Amerika Syarikat pada satu sidang media Shout Awards 2013, baru-baru ini.
Ketika menjawab pertanyaan sama ada beliau akan pulang dan menghadiri anugerah berprestij anjuran 8TV itu, Yuna memberitahu yang beliau semestinya mahu pulang bagi mengahdiri anugerah tersebut dan menyambut hari jadinya.
“Saya akan kembali jika saya boleh kerana hari jadi saya juga pada bulan November dan saya biasanya saya akan pulang dan menyambut hari jadi saya. Jadi ya! saya mungkin akan pulang untuk Shout Awards dan hari jadi saya”, kata seperti yang dilaporkan redcarpet.net.my
Bintang yang lahir pada 14 November 1986 itu dengan nada bergurau juga berkata, dia akan pulang untuk ‘Kak Jen’ (Jennifer Thomson), merupakan Ketua majlis Shout Awards, yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut.
Penyanyi dan penulis lirik berbakat besar itu kini bernaung dibawah syarikat rakaman milik penerbit muzik terkenal, David Foster iaitu Verve Records di Amerika Syarikat. Yuna sekarang sibuk dengan rakaman album terbarunya.
Beliau juga merupakan salah seorang artis yang mengambil bahagian dalam sesi “Google+ hangout session” pada pengumuman acara Shout Awards edisi ke-4 itu. Shout Awards dijadualkan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 9 November 2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment