Wednesday, 12 June 2013

Jangan Perbesarkan Isu Saya Berkemban – Izreen Azminda


Pelakon Izreen Azminda tidak merasakan adegan memperlihatkan dirinya dalam keadaan berkemban dalam salah satu babak menerusi filem terbarunya, Pecah, sebagai satu hal yang akan menimbulkan isu besar. Ya, berkemban dengan tuala merah. Sekali fikir, sudah tentu nama bakal ibu yang kini hamil 8 bulan 2 minggu ini, akan jadi ‘panas’.

“Penggambaran filem ni dijalankan sebelum saya berkahwin. Bagi saya, ia tidak ada masalah besar dan saya tak rasa ia akan menimbul apa-apa isu. Lagipun ia paras dada. Saya bukan bogel”, katanya ketika diminta mengulas mengenai aksi beraninya itu. Memegang watak sebagai Lydia, seorang jururawat, Izreen ditemui pada majlis tayangan filem Pecah bersama media bertempat di e@Curve, Damansara, malam tadi.

Namun akui Izreen, pada mulanya dia berasa agak kekok ketika mahu melakukan adegan itu. Tetapi selepas merasakan ianya tidak keterlaluan, dia cuba memberikan yang terbaik bagi memenuhi kehendak pengarah serta jalan cerita filem berkenaan.

Begitupun Izreen sedar yang sikit sebanyak aksi berkembannya tu akan mendapat reaksi negatif daripada segelintir peminat. Kerana itu dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan.

“Bagi saya perkara ni normal, bila kita buat salah sikit atau nampak tak berapa betul pada kita, pasti kita dikecam. Bagi saya, saya dah biasa dah dengan perkara sebegini. Saya tak kisah. Cuma saya harapkan jangan ada pihak yang memperbesarkan isu ini.

“Suami saya belum tonton lagi filem ni, tak tahu apa kata dia nanti, kan. Tapi saya saya dia akan positif. Lagipun dia memamg sentiasa berfikiran positif”, katanya.

Diadaptasikan dari novel fiksi terlaris Pecah nukilan Nizam Bakeri, filem arahan Asrulhisyam Ahmad @ Black ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Tony Eusoff, Sofi Jikan, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Filem Pecah bakal ditayangkan mulai 13 Jun ini. Dalam pada itu Izreen juga memberitahu setelah bergelar isteri dan tidak lama lagi bergelar ibu pula, jadi dia mengambil keputusan untuk lebih sensitif terhadap pemilihan watak dalam setiap tawaran selepas ini.

Kalau sebelum ini dia lebih dikenali dengan karakter antagonis, tetapi atas permintaan suami, Izreen berkata dia sebolehnya tidak mahu lagi menghidupkan karakter seorang wanita yang terlalu jahat. Jauh sekali mahu tampil seksi ataupun melakonkan babak seperti aksi di ranjang.

“Sejak bergelar isteri dan tak lama lagi ibu, saya lebih sensitif dengan watak yang saya ambil. Suami pun ada nasihatkan, katanya kalau watak jahat sangat atau di atas katil semua tu, jangan lah ambil tawaran tu. Sebab tak mahu ada apa-apa isu nanti. Tapi dia tak pernah menghalang saya untuk terus aktif berlakon. Dan sebaik selepas habis berpantang nanti, saya akan terus kembali ke set penggambaran”, katanya.

Izreen dijangka melahirkan anak sulungnya pada awal atau pertengahan Julai ini. Aktres yang mula melonjak namanya menerusi drama bersiri Tentang Dhia ini akan bersalin di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur dan akan berpantang di sini selama 47 hari.

“Allhamdulillah semua persiapan untuk baby dah selesai. Tinggal nak bawa ke hospital jer nanti. Tapi buat masa ini saya tak boleh beritahu jantina anak kami. Tapi jangan risau, sebaik saja dia lahir saya akan berkongsi berita gembira ini bersama semua di Instagram nanti”, ujarnya sambil tertawa.

Izreen dan suaminya, jurukamera Muhammad Riza Baharudin atau Riza selamat bernikah pada 30 Ogos tahun lalu.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”