Satu lagi sebab untuk peminat pelakon muda ini makan hati. Heh. Johan As’ari di’khabarkan bakal mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan beliau sekitar penghujung tahun ini.
Laporan GUA baru baru ini menyebut yang Johan As’ari kini sedang hangat bercinta dengan seorang gadis daripada sebuah stesen televisyen tetapi mahu merahsiakan identiti gadis yang berjaya memiliki hatinya itu.
“Sebenarnya, perkara ini saya tidak boleh cerita sangat kerana kini saya masih mengenali hati budi si dia dan saya telah berjanji dengan pihak keluarga dia. Saya tak mahu namakan hubungan ini sebagai bercinta, cukuplah sekadar semua tahu yang kami sedang seronok berkawan dan bersahabat. Tapi saya meletakkan sasaran untuk bertunang hujung tahun ini. Buat masa ini biarlah saya kukuhkan keadaan diri saya dahulu. Insya-Allah jika sudah sampai jodoh saya, saya akan bertunang dan berkahwin”
Menurut pelakon drama Karlos ini lagi, beliau terpikat dengan gadis tersebut kerana sikapnya yang sering mengingatkan Johan As’ari tentang waktu solat. Molek sungguh daya penarik gadis pilihan beliau.
No comments:
Post a Comment