Thursday 25 July 2013

ALVIN DAN VIVIAN SUDAH DIBEBASKAN DARI PENJARA!!!

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan pasangan blogger, Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee May Ling yang didakwa memuat naik gambar serta komen yang menghina Islam, diikat jamin sementara menunggu perbiacaraan.


Hakim Datuk Mohd Azman Husin menetapkan pasangan itu masing-masing diikat jaminan RM30,000 setiap seorang dengan dua penjamin.

Mahkamah turut mengenakan beberapa syarat kepada kedua tertuduh iaitu mereka dilarang mengulangi memuat naik gambar dan komen menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Mereka dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang menggunakan peranti komunikasi rangkaian yang boleh diakses kepada internet untuk memuat naik gambar dan komen sama.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”