Friday 30 August 2013

Kate Yusof Penerbit Skop Production Sdn Bhd ‘Ini sabotaj paling busuk’


Kuala Lumpur: “Ini satu sabotaj paling busuk dan keji pernah berlaku dalam sejarah industri perfileman Melayu untuk merosakkan pasaran filem ini,” kata penerbit filem KL Gangster 2, Datuk Yusof Haslam mengenai tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyebarkan pautan menawarkan muat turun filem arahan anaknya, Syamsul itu di Internet sejak malam kelmarin.

Yusof yang juga penerbit Skop Production Sdn Bhd ketika dihubungi berkata, beliau melihat perkara ini sebagai satu agenda pihak tertentu untuk menjejaskan kutipan tiket KL Gangster 2 bakal ditayangkan di seluruh negara mulai 3 Oktober ini. “Saya percaya mereka mahu menjejaskan pasaran KL Gangster 2 berikutan sambutan awal cukup memberangsangkan sejak trailer filem ini dimuat naik di YouTube beberapa minggu lalu,” katanya yang dimaklumkan mengenai perkara itu malam kelmarin.

Pautan muat turun filem KL Gangster 2 itu dipercayai mula disebarkan menerusi Facebook sejak malam kelmarin dan orang ramai melayarinya boleh menonton keseluruhan filem berdurasi 1 jam 55 minit itu, tetapi dengan kualiti gambar rendah.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”