Monday, 11 November 2013

Aeril Zafrel Pesan Zubir BiPop Supaya Muhasabah Diri

Berikutan kes Zubir Bipop bertentangan dengan pelakon Aeril Zafrel yang masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk reda sedikit pun, Aeril telah mengeluarkan kenyataan yang agak berani di dalam program ‘Melodi’ di kaca TV.

“Selepas membaca artikel itu, saya tertanya apa dia akan jawab di akhirat nanti. Terang-terangan dia fitnah saya,” luah Aeril.

“Sebelum ini dia pernah bercerita tentang kononnya pengakuan bekas tunang Wawa. Banyak yang dia tokok tambah. Sekarang dia cakap saya pernah berkahwin dengan Ummi Nazeera. Selama ini saya bahagia bila ada yang cuba burukkan lagi keadaan. Kalau dia tidak bahagia, jangan buat orang lain turut tidak bahagia.”

“Saya sedar diri saya tak popular macam artis lain. Fitnah-fitnah sebegini seperti mahu menjatuhkan pandangan manusia terhadap saya.”


Menjelaskan sekali lagi tentang hubungannya dengan Ummi Nazeera tidak lebih daripada seorang rakan artis yang tidak pernah bersua-muka dan sekadar berkomunikasi di Twitter secara umum dimana Aeril memuji kehebatan lakonan Ummi selepas menonton treler filem ‘Penanggal’. Segala fitnah tentang Aeril melawat Ummi di set penggambaran adalah tidak benar sama sekali. Dan yang pastinya, penghijrahan Ummi Nazeera langsung tiada kena-mengena dengan Aeril.

Pelik betul. Sumber mana agaknya yang kecohkan pada Zubir tentang perkara ini? Takkan pokok bergoyang tanpa angin? Biar betul Zubir yang sudah berumur dan lama dalam industri hiburan ini tiada kerja lain dan ada masa buat fitnah begini semata-mata mahu memburukkan orang?

“Kenapa dia beria-ia burukkan saya? Saya tak salahkan orang yang mudah percaya. Satu hari, dia akan faham kita ni manusia, kadang di atas, kadang di bawah. Saya pun tak faham kenapa dia bangga bila jadi orang pertama buka aib orang lain. Bukan saya saja. Saya pernah dengar kawan-kawan artis saya yang lain,” luah Aeril lagi.


“Dia private message ajak Wawa keluar. Masa dia telefon isteri saya, dia beritahu dia marah bila Wawa tak follow Instagramnya. Dia cakap, ‘Abang boleh jatuh atau naikkan seseorang artis itu.’ Saya ada rakaman perbualan itu. Masa dia telefon isteri saya, saya ada di sebelah. Dia ajak Wawa keluar dua kali.”

“Kalau dia kata sebagai seorang wartawan ajak artis keluar adalah perkara biasa, ini bukan perkara biasa. Wawa kan perempuan. Hanya dia seorang wartawan yang ajak Wawa keluar. Waktu itu 8 malam. Kalau 8 malam bukan kerja. Saya tak tahu apa niat dia. Dia pun ada isteri. Seelok-eloknya dia ajaklah isteri dia keluar.”


“Hormatilah kami sebagai pelakon. Yang perlu kami tahu se-detail-detailnya ialah Rasulullah. Takpelah itu nanti urusan dia dengan Tuhan.”

Nampaknya semakin teruk perbalahan mereka ini. Kami pun tidak mahu menyebelahi sesiapa kerana tiada siapa tahu apa motif dan niat masing-masing sebenarnya.

Dalam pada itu, sempat juga Aeril meninggalkan pesan kepada Zubir, “Banyak-banyakkanlah bermuhasabah diri, sibuklah mencari kesalahan diri sebelum kita sibuk mencari kesalahan orang lain. Perbanyakkanlah mencermin diri sendiri sebelum kita judge orang lain. Banyak-banyak beristighfar, bersujud supaya hati itu sentiasa tenang. Bila hati tak tenang, kita tengok orang bahagia pun kita jadi tak tenang.”

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”