Monday 11 November 2013

Pelajar India Cipta Baju Dalam Kalis Rogol



New Delhi: Sekumpulan penuntut kejuruteraan di India mencipta baju dalam antirogol yang didakwa mampu menghalang jenayah rogol tersebut dan serangan seksual yang lain.

Baju dalam perlindungan tersebut dicipta untuk mengalirkan sehingga 82 kejutan elektrik kepada bakal penjenayah apabila pengesan tekanan pada bahan itu mengesan sebarang jenis paksaan.

Pakaian dalam yang dibantu oleh teknologi itu, dinamakan sebagai Society Harnessing Equipment (SHE), juga boleh memberi amaran kepada polis, keluarga atau rakan, menerusi sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang pada pakaian tersebut.

“Pakaian dalam dengan sistem pengesanan global, sistem global bagi komunikasi telefon bimbit (GSM) dan pengesan tekanan mampu mengalirkan arus kejutan sehingga 3,800 kilovolt selain memberi amaran kepada ibu bapa dan pihak polis.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”