Tuesday 12 November 2013

Evolusi Pakaian D@lam



ADA berpendapat pakaian dalam tidak perlu berjenama, bergaya atau cantik. Cukup yang biasa-biasa sahaja asalkan ada memakai pakaian dalam.

Bagaimanapun ada yang mementingkan pakaian dalam sama seperti mereka mementingkan pakaian yang mereka pakai. Mereka mahukan yang cantik, berjenama dan paling penting ialah keselesaan.

Pakaian dalam merupakan satu keperluan penting dalam pemakaian setiap hari. Bagaimanapun hanya segelintir yang menyedari bahawa pakaian dalam tidak digambarkan sebagai suatu fesyen pakaian yang tersendiri.

Sebenarnya pakaian dalam terutamanya seluar dalam telah melalui transformasi yang menggalakkan dalam tempoh beberapa tahun seperti mana trend fesyen yang lain.

Evolusi Pakaian Dalam

Sebagai contohnya, pakaian dalam jenama Jockey. Semenjak tahun 1876, pakaian dalam hanya sebagai penutup badan yang asas untuk lelaki apabila Samuel T. Cooper mengasaskan S.T. Cooper & Sons bagi memenuhi keperluan manusia untuk keselesaan.

Pada tahun 1972, Cooper's Inc. telah ditukar nama kepada Jockey International dan meneruskan kejayaannya sebagai teraju pereka fesyen pakaian dalam lelaki.

Kemudian apabila anak perempuan Harry Wolf Senior (presiden Cooper Inc.), iaitu Donna Wolf Steigerwaldt mengambil alih kepimpinan korporat, beliau mula menerokai sektor pembeli wanita dengan memperkenalkan jenama pakaian dalam wanita di bawah jenama Jockey For Her.

Jenama pakaian dalam tersebut telah berkembang menjadi stail yang lebih inovatif. Ini dapat dilihat melalui jualan terlaris runaway' pada tahun 2001, koleksi No Panty Line Promise yang telah menjadi perintis kepada barisan produk syarikat berjenama 3D-Innovations. Ini kemudian menjadi nama pakaian dalam yang dikenali di peringkat global sehingga ke hari ini.

Jockey juga boleh berbangga kerana jenama pakaian dalam yang luar biasa ini telah digunakan oleh angkasawan NASA di dalam kapal angkasa.

Sehingga kini, Jockey International yang telah berusia 136 tahun berjaya memenuhi kehendak pasaran pakaian dalam untuk lelaki. Kemudian syarikat ini menambah produknya untuk wanita dan kanak-kanak.

Menyusuri sejarah, Jockey telah berjaya memenangi hati berjuta-juta pelanggan dengan menggunakan kefahaman dan pengetahuan mendalam mereka tentang keperluan, kehendak dan keinginan pengguna.

Beribu pejabat di Wisconsin, Amerika, Jockey hari ini telah berjaya berevolusi sehingga menjadi sebuah pengeluar pakaian dalam yang utama di dunia.

Pengurus Jenama Kanan Jockey Asia, Enrique Cardenal berkata, pada suatu ketika dahulu pakaian dalam terutamanya pakaian dalam lelaki hanya merupakan pakaian berbentuk kefungsian namun hari ini tumpuan Jockey diperluaskan terhadap pakaian dalam, pakaian tidur dan pakaian sukan untuk lelaki dan wanita.

"Melalui peredaran masa, rekaan Jockey begitu menarik, sofistikated dan paling penting memberi keselesaan pengudaraan kepada pengguna.

"Pakaian dalam yang dahulunya dibuat dengan matlamat kefungsian kini telah ditambah kepada konsep kontur, melekap dan mengikut bentuk badan. Pemakaiannya begitu selesa dan bergaya dan dalam masa yang sama menawarkan keselesaan maksimum melalui rekaan terbaru dan inovasi produk.

"Jika seseorang ingin merehatkan diri selepas mesyuarat atau ingin menjalani sesi senaman, Jockey mempunyai 2,000 gaya pakaian dalam untuk dipilih daripada produk utama syarikat, seluar dalam Jockey sehingga Jockey Stay Cool, seluar dalam yang berinspirasikan inovatif NASA yang boleh menyesuaikan haba badan walaupun di dalam suhu panas, daripada koleksi sensasinya No Panty Line Promise sehinggalah rekaan canggihnya Jockey Skimmies,'' kata Cardenal.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”