Tuesday, 12 November 2013

Guru Pukul Pelajar Kemudian Melancap Di Luar Kelas


Seorang guru di sebuah sekolah tinggi Seoul telah menunjukkan tingkah laku yang amat mengejutkan dan GILA. Selepas teruk memukul seorang pelajar, guru itu, seperti tidak dapat mengawal dirinya, kemudian mula melancap di hadapan kelasnya.

Pada April 17, Jabatan Polis Yangcheon mengumumkan bahawa guru sambilan Encik A, berumur 55 tahun, telah dibebaskan buat sementara waktu ketika dia sedang didakwa menyebabkan kecederaan tubuh badan dan pendedahan awam.

Pada jam 2:40 petang pada 17 April, apabila mendapati bahawa ada seorang pelajar lelaki telah mendengar lagu melalui fon telinga semasa kelas, guru tersebut mula memukul pelajar itu dengan teruk. Guru itu kemudian pergi keluar koridor kelas dan ketika ramai pelajar menonton, dia menjatuhkan seluar dan mula melancap.

Jurucakap polis berkata, "Buat sementara waktu kita masih melakukan soal siasat pada suspek, guru itu nampaknya tidak mempunyai masalah mental... Encik A menafikan bahawa dia menyentuh dirinya di khalayak ramai."

Selepas mengesahkan bahawa Encik A telah memukul pelajarnya dengan teruk, Jabatan Pendidikan Seoul dengan segera memecat guru itu dari kedudukannya dan memulakan tindakan tatatertib.


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”