Friday, 8 November 2013

Kejinya wartawan hiburan BH, Zubir ajak isteri orang keluar


Nampaknya “perang” di antara Zubir Berita Harian dan Aeril Zafrel semakin hangat. Tak salah untuk dikatakan bahawa mereka berdua ini musuh ketat terutamanya selepas pendedahan berani oleh Zubir mengenai perkahwinan Aeril dan Wawa. Terbaru, Aeril telah berkongsi sekeping gambar menunjukkan SMS yang telah dihantar oleh Zubir kepada isterinya, Wawa Zainal.

zubir dan aeril
SMS di atas nampak seperti biasa, akan tetapi caption yang telah ditulis oleh Aeril beserta dengan gambar di atas membuatkan Abang Nara tertanya-tanya motif Zubir. Captionnya berbunyi:-
Bila ajakannya tidak bersambut…?!

ayat conty yg selalu dilontarkan “abang boleh naik dan jatuhkan…”.

Tarikh 14.06.2013 adalah sebelum pendedahan mengenai perkahwinan Aeril dan Wawa dilakukan oleh Zubir. sAdakah Zubir telah melakukan pendedahan tersebut kerana keengganan Wawa melayan ajakannya untuk melepak? Yang nyata, perkongsian gambar ini telah mendatangkan reaksi negatif orang ramai terhadap Zubir.


Ramai yang mengeji dan mencela perbuatan Zubir terhadap Aeril dan Wawa. Menariknya ini adalah bukti pertama yang telah ditunjukkan oleh Aeril. Ini bermakna akan ada bukti-bukti lain yang bakal dikongsikan olehnya. Tak sabar pula rasanya. Sama-samalah kita nantikan.



No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”