Nur Syazwani meninggal ketika jawab soalan SPM
Kota Bharu: Kematian Nur Syazwani Arifin, 17, ketika menjawab peperiksaan pada hari pertama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pasir Puteh kelmarin, disahkan akibat pecah saluran darah ke jantung.
Punca kematian pelajar Maahad Saniah, Pasir Puteh itu diperoleh hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Tengku Anis (HTA), kelmarin.
Kes kematian mengejut
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan, Mohd Kamal Zainal, ketika dihubungi, semalam, berkata polis mengklasifikasikan kes pelajar itu sebagai mati mengejut dan tidak membabitkan sebarang unsur lain.
Sementara itu, Ketua Jabatan Kardiologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad, berkata mangsa mungkin mengalami Aterosklerosis atau saluran dinding nipis yang berpunca dari faktor pemakanan, genetik atau kesan alam sekitar.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tandak, Gaal, kira-kira jam 11 malam kelmarin.
No comments:
Post a Comment