Nas, 27, berkata, adalah tidak manis baginya untuk bercakap mengenai perkara itu kerana dia bimbang akan dipandang serong oleh sesetengah pihak.
"Sebagai seorang perempuan rasanya tidak manis untuk saya bercakap mengenai hal-hal berkaitan dengan perkara seperti merisik atau pun perkahwinan dan saya minta maaf kerana tidak boleh memberi apa-apa komen.
"Biarlah Jamal yang memberitahu kepada pihak media," katanya kepada mStar Onlineketika dihubungi di sini pada Rabu.
Nas mengulas mengenai laporan akhbar yang mendedahkan Jamal berhasrat untuk memperisterikannya dan rombongan merisik bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini.
Dalam perkembangan sama, Nas tidak menafikan hubungan mereka semakin rapat sejak penyanyi terkenal itu mengundangnya bersama-sama menjayakan 'Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan’ di Istana Budaya pada 30 Mei hingga 2 Jun lalu.Jelas Nas, sejak itu dia sering di undang untuk mengadakan persembahan bersama Jamal selain selesa berkawan dengan lelaki berusia 54 tahun itu."Saya akui hubungan kami rapat kerana Jamal sering mengundang saya sebagai rakan duetnya pada persembahan pentas dan selesa dapat bekerjasama dengan beliau," katanya.Dalam pada itu, Nas berkata, laporan yang mengatakan dia memutuskan hubungan dengan penyanyi Aliff (AF) adalah tidak benar kerana keputusan untuk berpisah dibuat secara bersama.
Jelas Nas, hubungan mereka masih baik selain menganggap mereka sudah tiada jodoh.
Sementara itu, Jamal menerusi pembantu peribadinya meminta sedikit masa untuk menjelaskan mengenai khabar angin mengenai majlis merisik yang akan diadakan itu.
No comments:
Post a Comment