Di Malaysia, terdapat cerita mengatakan bahawa gajah mampu berenang menyeberangi pulau di Tasik Banding. Namun masih tiada bukti kukuh yang menyokong kenyataan tersebut dan hanya dianggap mitos semata-mata. Benarkah gajah boleh berenang?
Kenyataan tersebut mungkin ada benarnya. Sekitar tahun 1970-an, sebanyak sepuluh ekor gajah telah diajar berenang di Pulau Andaman, Pantai Timur India dengan tujuan membawa menyeberangi balak. Air di sekeliling pulau tersebut merupakan lautan air masin. Kini, dari sebilangan besar angka tersebut hanya tiga yang masih hidup. Dua daripadanya dihantar pulang ke habitat liar dan tidak lagi berenang. Yang tinggal hanyalah seekor gajah bernama Rajan.
Foto-foto ini diambil oleh seorang jurugambar bawah air, Jody MacDonald ketika pergi ke Pulau Havelock di Andaman semata-mata untuk berenang bersama Rajan dan mendapatkan gambarnya.
No comments:
Post a Comment