Dalam dunia hiburan yang serba glamor, bukan artis saja yang dikenali masyarakat malah wartawan yang menulis cerita juga.
Dan dalam ramai-ramai wartawan hiburan, antara yang paling dikenali adalah Zubir dari BiPop, Berita Harian.
Zubir dikenali sebab sentiasa tampil dengan kisah panas artis, kadang-kadang cerita yang bila didengar macam tak masuk akal.
Ada antara cerita yang ditulisnya itu ternyata betul akhirnya tapi ada juga, tak nampak-nampak kesahihannya sampai ke sudah.
Apa pun, kelantangan Zubir dalam menelanjangkan kisah artis ternyata tidak disenangi ramai.
Banyak artis dan selebriti bukan sahaja tidak senang dengan tindakan Zubir yang dianggap melampaui batas malah menunjukkan kemarahan mereka terhadapnya.
Portal gosip ohartis.com turut ‘membelasah’ Zubir tentang isu ini.
Menurut portal ini, antara artis yang pernah mengutuk tindakan Zubir adalah Dato’ Hattan yang menyifatkan wartawan itu sebagai ‘sudahlah gemuk pendek, mahu disanjung pula’.
Hans Isaac turut mengkritik Zubir menerusi Twitter dengan meminta semua orang tidak mengendahkan Zubir kerana dia bukan seorang yang baik.
Terbaru, Aeril Zafril pula tampil mendakwa Zubir cuba untuk menjatuhkannya menerusi penyebaran gosip menyatakan dia pernah berkahwin dengan pelakon, Ummi Nazeera.
Aeril turut mengepos di laman Instagram bukti bahawa Zubir pernah cuba untuk merapati dan mengajak isterinya, pelakon Wawa Zainal untuk keluar lepak bersama-sama namun tidak diendahkan.
Justeru Aeril percaya, inilah punca mengapa Zubir cuba untuk menjatuhkan mereka apatah lagi wartawan itu didakwa pernah berlagak seolah-olah tuhan yang menentukan naik turun artis apabila berkata, ‘abang boleh naik dan jatuhkan..’
Sementara itu, Umi Nazeera telah membuat penafian dia pernah berkahwin dengan Aeril dan menasihati Zubir supaya memeriksa dahulu kesahihan cerita sebelum menulisnya.
No comments:
Post a Comment