China – Seorang artis di China mempunyai cara tersendiri untuk menarik perhatian wanita, biarpun cara yang dilakukannya menjijikkan.
Dalam hasil seni terbarunya, Kang Yi sanggup berdiri separuh bogel dengan hanya memakai seluar dalam, di atas podium di auditorium di Guangzhou.
Kemudiannya, seorang wanita yang merupakan seorang pelajar seni di China, telah memberikan gigitan cinta di seluruh badannya.
Wanita itu mengambil masa lebih sejam untuk mencium dan menggigit badan Kang Yi, sambil lelaki itu berdiri tegak di atas podium.
Selesai dengan ciuman itu, wanita itu kemudiannya mencurahkan air ke badan Kang Yi.
Kang Yi yang terkenal dengan persembahan yang kontroversi itu menyifatkan persembahan berkenaan dapat memberikan inspirasi kepada golongan muda mengenai erti cinta sebenar.
Walaupun hasil kerja seninya itu hanya ditonton oleh beberapa orang sahaja, namun rakaman berkenaan disiarkan di internet.
Namun tidak semua yang setuju dengan persembahan itu, sebaliknya ramai yang mengkritiknya kerana beraksi separuh bogel ketika membuat persembahannya.
“Kerja-kerja hasil seni Kang Yi sendiri selama ini mengelirukan. Malah aksi bogel dalam persembahan bukan sesuatu yang baru di China,” katanya.
No comments:
Post a Comment