Tuesday 17 December 2013

Adik Paul Walker Berlakon Fast & Furious 7?

Adik Paul Walker Berlakon Fast & Furious 7?

Selepas kematian tragik Paul Walker pada penghujung November lepas, para peminat filem bersiri Fast & Furious bagaikan tertanya-tanya tentang status sebenar watak yang dibawakan oleh Paul iaitu Brian O’Connor dalam siri ketujuh filem berkenaan.
Ada yang berpendapat filem itu akan dihentikan penggambarannya sekaligus membawa maksud filem Fast & Furious 7 yang lama dinantikan itu tidak akan ditayangkan.
Namun begitu, beberapa portal antarabangsa hari ini melaporkan bahawa adik kepada Paul iaitu Cody Walker akan menggantikan watak Brian di dalam filem tersebut.

Adik Paul Walker Berlakon Fast & Furious 7?
Wajah Cody (kanan) lebih seiras dengan Paul (kiri)

Menurut Mail Online, penerbit #FF7 menyedari hakikat bahawa mereka perlukan sesorang mirip Paul untuk menghabiskan babak-babak terakhir filem berkenaan sebelum membuat keputusan untuk mendekati adik kandung Paul.
Pihak produksi boleh mengambil rakaman Cody dari belakang dan pada jarak jauh. Jika mereka perlukan rakaman yang dekat, mereka boleh lakukan teknik CGI. Namun, masih banyak perkara perlu diperhalusi sebelum hasrat ini direalisasikan.
Nampaknya jejaka berumur 25 tahun itu adalah pilihan terbaik bagi pihak Universal Pictures untuk meneruskan filem berkenaan memandangkan wajah Cody dan Paul sangat seiras dan dia juga merupakan pelakon lagak ngeri yang berbakat.
Dalam pada itu, peminat-peminat juga seakan memberi sokongan positif sekiranya Cody bersetuju untuk membawakan watak Brian O’Connor sebagai penghormatan kepada abangnya.
Adik Paul Walker Berlakon Fast & Furious 7?
Bagi yang tertanya-tanya tentang plot #FF7, terdapat desas desus yang mengatakan pengarahnya tetap akan mematikan watak Brian di layar perak dengan kejadian kemalangan berbanding hanya menyampaikan berita sedih itu menerusi pelakon lain.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”