Wednesday, 26 February 2014

Wanita dipaksa raba kemaluan pemandu dalam teksi di KL

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan kes serangan seksual didakwa membabitkan seorang pemandu teksi.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dalam kenyataan pada Selasa berkata, SPAD berjaya mengesan pemandu teksi itu, dipercayai berumur 70-an dan telah dipanggil untuk siasatan.

"Kami (SPAD) akan bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan ini. SPAD mengutuk semua bentuk gangguan dan jika didapati bersalah, pemandu teksi itu berdepan risiko lesen dibatalkan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," katanya.

Beliau mengulas laporan The Star bertajuk 'Nightmare ride with pervert cabbie' mengenai seorang wanita berumur 20 tahun yang dipaksa meletakkantangannya pada kemaluan pemandu teksi itu sepanjang perjalanan.

Pekerja pusat panggilan itu menaiki teksi berkenaan selepas membeli barangan dapur dekat Jalan Metro Prima di Kepong pada kira-kira 7 malam, 28 Januari lepas.

Wanita itu duduk di tempat duduk penumpang sebelah pemandu teksi itu yang kemudian mula memberi komen lucah dan seksual terhadapnya.

Pemandu itu, dipercayai berumur 70-an, didakwa meraba pahanya dan meletakkansebilah pisau di atas papan pemuka dan pada masa sama mengeluarkan kata-kata lucah terhadap wanita yang ketakutan itu.

Mohd Nur Ismal berkata, sesiapa didapati bersalah terhadap perbuatan seperti didakwa itu tidak layak menjadi pemandu teksi dan mengaibkan profesion itu. - BERNAMA

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”