Tuesday 11 March 2014

AS periksa kemungkinan lebih ramai rakyatnya atas MH370

AS periksa kemungkinan lebih ramai rakyatnya atas MH370KUALA LUMPUR: Kerajaan Amerika Syarikat sedang memeriksa kemungkinan terdapat lebih daripada tiga orang warga negara itu berada di atas pesawat MH370 yang hilang Sabtu lalu.

Pegawai maklumat Kedutaan Amerika Syarikat, Harvey Sernovitz berkata  ia mungkin timbul apabila ada kemungkinan seseorang mempunyai dua kewarganegaraan dan menggunakan pasport yang berbeza.

Sernovitz menjelaskan pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Penerbangan Malaysia untuk mendapatkan kepastian tersebut.

Ketiga-tiga rakyat Amerika Syarikat yang tersenarai dalam senerai penumpang ialah Philip Wood, 51, dan dua kanak-kanak : Nicole Meng , empat tahun, dan Yan Zhang, dua tahun.

Beliau juga berharap aset tentera Amerika Syarikat yang dikerahkan bagi usaha mencari dapat mempercepatkan penemuan MH370.

"Saya rasa dari perspektif teknologi , peralatan radar dan sonar yang dibekalkan mampu membantu usaha yang dilakukan oleh Malaysia (mengesan MH370) dan semua pihak memainkan peranan yang penting."

Susulan permintaan dari kerajaan Malaysia, Amerika telah menghantar dua kapal tentera laut, USS Pinckney (DDG 91 ) dan USNS John Ericsson.

Amerika Syarikat juga turut menghantar sebuah pesawat Orion P -3C yang mempunyai radar carian jarak jauh, sonar dan keupayaan komunikasi.


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”