Wednesday, 5 March 2014

GEMPAR SUSPEK KES KHIANAT MASJID LIMBUNGAN DITANGKAP


Suspek Kes Khianat Masjid Limbungan Ditangkap Tu diaa...ganas betul. 
Gambar diterima daripada seorang fans admin. Kami sebarkan kepada 
umum. Tak sampai 24 jam, dah tertangkap rupanya. Cepat betul.
Suspek Kes Khianat Masjid Limbungan Ditangkap

Khabar yang masih belum sahih. Seorang lelaki yang didakwa gila isim 
berbangsa Melayu berumur lingkungan 30-an telah berjaya ditangkap
oleh orang ramai dan dipukul secukupnya. Lelaki itu ditangkap kerana 
disyaki pelaku khianat dalam kes Masjid Limbungan, Kampung Raja, 
Besut, Terengganu.

Menurut sumber, suspek merupakan warganegara Malaysia dan 
berbangsa Melayu dan disyaki mengalami gila isim berpunca 
daripada'overdose' ketika mengaji ilmu yang aneh.

Kes ini telah dibawa kepada pihak polis dan akan diperpanjangkan 
kepada Ketua Polis Terengganu. Pihak kami masih lagi menanti 
berita daripada pihak polis berhubung isu ini. 


Terdahulu, Masjid Limbongan telah didapati dikhianati oleh orang tidak bertanggungjawab apabila pintu kaca masjid telah dipecahkan dan kemudiannya isi dalam Masjid dikacau-bilaukan.

Didapati beberapa buah naskah suci AL-Quran juga turut disepahkan
dan ada antaranya dicampak ke dalam lubang tandas, semoga tidak
turun bala ke atas bumi Terangganu atas sebab tindakan kurang ajar 
orang tidak bertanggungjawab tersebut .







No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”