Wednesday, 5 March 2014

Syamsul Yusof Bakal Nikah Di Hospital Jika Tidak Sempat Sembuh?

Empat hari lagi menjelang tarikh pernikahan beliau dengan Puteri Sarah Liyana, pengarah popular Syamsul Yusof dilaporkan telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles selepas disyaki menghidap demam denggi.
UPDATE-1: Syamsul Yusof melalui akaun Instagram pagi ini mengesahkan yang beliau menghidapi demam denggi dan menyambung rawatan di Pusat Perubatan Gleneagles.
Screen Shot 2014-03-05 at 11.19.33 AM
Mengesahkan perkara itu kepada mStar Online hari ini, ibunya Datin Patimah Ismail berkata ketika ini doktor sudah mengambil sampel darah untuk mengetahui penyakit sebenar anaknya itu.
“Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas. Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi”
“Syamsul juga ada berseloroh untuk bernikah di hospital jika keadaan belum sihat menjelang hari pernikahannya nanti,” tambahnya lagi selain meminta semua mendoakan kesihatan Syamsul Yusof yang akan bernikah pada 8 Mac ini.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”