Monday, 30 April 2012

Bahaya Pancut Dalam Ketika Haid

Setiap wanita mempunyai waktu-waktu yang istimewa bagi ia membersihkan diri. Waktu-waktu inilah yang di gelar “Period” atau kedatangan haid. Period atau kedatangan haid ini adalah pengeluaran darah kotor dari rahim wanita yang akan keluar melalui lubang faraj. Sebab itulah wanita tidak boleh melakukan hubungan seks sewaktu datangnya period.

Dalam islam juga, melakukan hubungan seks sewaktu kedatangan haid adalah haram hukumnya. Ini kerana darah kotor sedang mengalir keluar dari rahim melalui faraj wanita. Dikhuatiri mengalami sakit kelamin bagi lelaki dan sakit dalam rahim bagi wanita.
Firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 222 yang bermaksud:
Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya.
Satu penyelidikan yang di lakukan oleh Dr.Diana Antonikis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan dari Oregon, orang melakukan hubungan seks bersama wanita yang di datangi haid akan mempunyai risiko di jangkiti virus HIV dan sakit kelamin. Inilah adalah satu fakta yang menyebabkan punca jangkitan virus HIV meningkat walaupun tidak melakukan seks bebas.
Satu lagi kajian yang di lakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs, melakukan hubungan seks sewaktu wanita di datangi haid adalah punca besar wanita tersebut mengalami pendarahan yang teruk di dalam rahim.
Wanita yang yang menghampiri waktu putus haid atau perimenopausal, yang gemar melakukan hubungan seks sewaktu period, kebanyakannya akan mengalami pendarahan yang teruk daridapa biasa. Ini adalah sesuatu yang sangat bahaya bagi wanita.
Pada kebiasaannya, wanita yang mengalami perkara separti ini, terpaksa menjalani pembedahan yang sangat berbahaya untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Permasalahan ini telah banyak berlaku di sekitar dunia. Ada juga wanita yang kehilangan nyawa kerana lambat mengambil tindakkan..
Jadi, jangan ambik mudah bagi untuk bersetubuh sewaktu wanita period. Anda hanya rasa puas seketika tetapi merana seumur hidup.. fikir-fikirkanlah…

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”