Monday, 30 April 2012
Bersetubuh Mengikut Cara Islam
SOALAN:
SAYA hendak tahu cara bersetubuh yang disyorkan dalam Islam. Posisi mana yang sesuai kerana isteri saya mengadu dia bosan dengan posisi saya di atas. Untuk pengetahuan doktor, saya berkahwin hampir lima tahun dan dikurniakan seorang anak. Saya harap doktor dapat mencadangkan posisi untuk saya mengaplikasikannya dalam hubungan suami isteri.
DJ ROCK,
Bayan Lepas
JAWAPAN:
Pernah sahabat bertanya Rasulullah SAW mengenai hubungan kelamin dari belakang, yang mana mengikut sahabat ia dilarang sama sekali. Rasulullah SAW kemudian memaklumkan, melakukan hubungan seksual dari belakang adalah harus, dengan syarat anggota sulit lelaki masuk ke anggota sulit perempuan dari posisi itu.
Pendek kata, apa saja posisi boleh dilakukan, asalkan ereksi lelaki masuk ke dalam faraj wanita. Sehubungan itu, anda boleh mencuba posisi persetubuhan dari belakang, atau pasangan di atas, sama ada tubuh badan depannya bertentangan atau membelakangkan muka anda atau cara mana yang anda dan dia rasa selesa dan mudah untuk melakukan hubungan seksual.
Tidak semestinya hubungan seksual dilakukan di atas katil kerana ia juga boleh dilakukan di atas sofa dengan posisi anda duduk dan dia duduk di atas paha anda dengan memasukkan ereksi anda ke dalam farajnya dan mukanya bertentangan dengan muka anda.
Elok hubungan kelamin itu dilakukan di dalam kamar tidur atau dalam rumah dan bukan di luar kerana tidak beradab dalam pandangan Islam.
Dipetik dari: Metro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Info yang sangat bermanfaat buat mereka yang telah mendirikan rumah tangga agar hubungan sentiasa ceria dan bahagia...
Jika anda inginkan info lebih lanjut mengenainya anda boleh KLik Sini
Post a Comment